Quantcast
Channel: humaira balkiss
Viewing all 55 articles
Browse latest View live

Terpenjara dalam penjara.

$
0
0

Assalamualaikum.
Kenapa masuk blog ni bau hamis?Debu dan sesawang memenuhi segenap lubang hidung.
Macam rasa asma nak bernafas.Haha.Motif sangat kau ni bila acah acah malu sebab lama mengabaikan blog.

Okay,aku secara rasminya dah jadi banduan.Meringkuk dalam tirai besi tapi istimewanya masih diberi makan enam kali sehari dan masih boleh membuat segmen cuci mata semasa riadah. :D
Kem PLKN Princess Haliza membantutkan rasa ghairah aku untuk terus menulis itu dan ini.Biasanya cerita bila berak pun aku sakan nak menulis tapi semenjak kehidupan terbaru tak ada internet dan wireless apa ilham dalam otak semua hilang begitu sahaja.Mudah macam membuat sup guna sup bunjut kari Babas,
Dapat handphone hari Sabtu petang dan ahad petang dah kena pulangkan semula.Mana sempat aku nak akses pasword jurulatih seterusnya membuka blog ini dan bercerita berdekah dekah?Nak main handphone dengan anak ikan pun rasa malas teramat sebab penat,apatah lagi nak bergayut dengan ibu bapa.Haha.Anak kuangajaqq noo.


Setakat ni semua okay.Diberi gelaran Kak yong,Kak Long,Akak Comel,Akak gebu dan sebagainya buat aku rasa geli tekak.Comel jadah apa bila muka berpanau garing hitam legam dimamah cahaya mentari.Ah!Semua itu dusta belaka.Haha.Aku bernanung gah bawah kompeni DELTA.Dan dengan riak takbur dan maha bangganya nak cakaplah yang kompeni aku menang bagi pertandingan peratama membentangkan perihal kumpulan.Infiniti riak nak cakaplah kan yang 80% adalah datang dari idea aku.HIkhikhik.Ye lah..kau tahu je lah kan dik,akak kau ni bila dapat pegang mikrofon berdiri depan orang memang laju mulut dia manabur janji manis dengan mimik muka yang konfident tabur hujah dan membenam bidasan kata komanden.Eh!Macam gebang sangat tak? .
Alhamdulillah.Selaku timbalan dan yang paling senior akan aku pimpin masyarakat Deltarian Force untuk mara melangkah menang ke peringkat seterusnya nya nya nya. :)



Aktiviti PLKN rasanya mengkuruskan aku.Walaupun makan enam kali sehari yang diberi aku cuma gigih menjamah breakfast sampai nak termuntah muntah.Seterusnya?langsung tak jejak kaki ke dewan makan.Sebab nak kurus kata kooo.Apakah satu tindakan yang sia sia menanam tekad untuk kurus ketika dalam penjara?Aku rasa aku berjaya sedikit melakukannya.Ya sedikit sebab tulang leher aku dah nampak tersembul sedikit.Perut walaupun ada 3 lapis tapi bila duduk sekranag ni aku tak perlu buka butang seluar untuk terus bernafas.Haha.Kenapa aku macam keji sangat?

Ini kalau mak tahu yang aku makan pagi je,mesti hidung mak kembang kempis tak percaya.Bukan sebab terharu tapi was was dengan semangat nak kurus aku.haha.
Dan lagi satu,aku dikenali ramai oleh wirawati sebagai pencuri buah di kantin.Sampai sekarang kegiatan aku masih tak terbongkar bila mana setiap sesi makan tengah hari dan malam aku mengirim buah apple dan pear melalui adik adik seramai 5 orang.Maka, dalam satu hari loker aku akan tersumbat penuh dengan 10 biji buah! haha.Untuk bekalan makanan sebab aku kan nak kurus kan?kan?
Harap harap mak cik kantin tak menghidu adegan tersembunyi budak wirawati Delta yang kerap tadah tangan minta buah.







Tak banyak yang nak aku taip syok sendiri dekat sini,sebab kalau aku cerita pasal PLKN pun sah sah korang muak seterusnya mengeji aku.Ya lah dulu beria ria kau memaki PLKN,sekarang?Tak kenal maka tak cinta.hehe.Tapi yang bagusnya bila jadi warga tua di sana,aku bebas bergerak dan tak malu nak berkawad pagi pagi dengan muka tak mandi.Sumpah aku tak mandi pagi.Tak segan malahan semakin semangat memberi komand sebab bagi aku' alaaa..budak budak je semua ni.Apalah sangat nak malu malu.Ni pangkat adik adik je.Kencing pun tak lurus lagi mereka ni semua..' getus hati kecilku. :D maka sampai sekarang aku tak terjebak dengan kontark 3 bulan cinta bodoh.Aku cuma mahu jadi kakak yang disayangi.Pelindung bak hangg.Fake sangat! haha.Btw,gah mana kem Princess Haliza,percayalah yang budak budak dia tak handsome mana pun.Sumpah.Mungkin badi nama tempat Puteri Haliza,maka yang datang bertimbun semua Putera Katak! Euwwww.Wtf.

Suasana dekat sini beronok ronok.Dan ya di mata orang ramai kem tempat aku adalah yang terbaik dari segi servis,kualiti,dan keselesaan.Itu memang aku akui.Dari ke dorm,bilik air lubang jamban,tempat makan semua memang first class.Setakat ni belum ada budak kem ni yang mati terbakar dalam dorm sebab kepanasan teramat sangat.haha.Tempat dia selesa dan adalah sikit perasaan macam dekat rumah.Cuma bantal katil je yang keras macam tayar lori penuh angin.Hari tu aku hampir hampir nak ke Medic ambil MC sebab leher aku tak boleh teleng ke kiri.Urat leher bengkak sebab bantal keras,Tapi aku matikan niat nak ke Medic sebab kepala hotak kau nak jumpa doktor sebab bantal keras.Jadi,kepala yang sakit semakin pulih bila aku kerap teleng kek kiri sewaktu melihat kumpulan wira berjalan di sebelah sambil melaung nama akak mira akak mira akak mira.Yeayyy!Kepala dah sihat.So sekarang aku cuma perlu betulkan otak aku sedikit jeww.

THANKS ADIK MUEZ :')

Dan muka aku adalah penyinggah yang kerap di pejabat sebab aku berkawan baik dengan bilik siar raya.Suara Umai ni kan bergema syahdu merdu di setiap ceruk speaker kem.Ye lah,ada aset suara kan.Mencananglah bagi pengumuman.Haha.dan masuk hari ni dah 3 kali aku keluar kem melalui tiket perlepasan keluar.Buzy benar orang tua ni.Tak sama macam adik adik kat dalam tu. :D

Persoalannya,kenapa bila balik rumah aku makan macam orang bela saka dan sampai susah nak bernafas?
Ini salah badi kesedapan rumah atau salah air tangan mak?
Bila mulut aku laju mengunyah sepanjang aku menaip ni,aku rasa nak balik kem!!
nak kurus!

Okay,nahh secebis gambar yang aku tangkap pada hari sabtu dan ahad,Tak banyak aku memorikan sebab handphone semedang kena rampas.Hubungan dengan skandal tetangga pun makin goyah sebab aku makin bz.Eh!makin hitam.Semua tak berminat dah nak jalinkan persahabatn dengan aku.Ye dak?
:D



































Masuk kem masuk jugak, kegiatan berpeleseran masa dapat keluar tetap menjadi keutamaan :D
*gambar pakat edit sebab nak cover belang muka! haha.rentung woi!
tapi masih kekal comel macam kak ton tak??

perlepasan pertama : Anugerah Cemerlang STPM - 27 APRIL 2013







Perlepasan kedua :Cuti sem waktu untuk SI DIA dan waktu untuk Syahirah Zainal aka Birthday girl.

1 MAY 2013


3 MAY 2013










Perlepasan ketiga :Temuduga Medsi - 10 may 2013










P/s: antara penambah baikan dalam diri aku sekarang

# dah pandai dahhh bangun seawal jam 4.30 pagi.Mata dah celik tapi bangun awal aku tak pernah jugak mandi pagi.Tapi kira okaylah at least sebelum subuh aku dah bangun. hehe
# dah pandai dah berperanan sebagai kakak yang matang penyanyang dan melindungi.Bila budak ada masalah mereka laju mencari aku sebab aku kan pendengar yang baik.Kan?Tapi dalam hati kau tak tahu apa yg aku mengata kan dik? haha
# Sekarang dah jadi warga surau dan berjemaah sama sama.Kalau dulu pacak 2,3 tiang sekarang dah pacak 5 tiang.Alhamdulillah :D
# Dah reti bersosial dengan orang Sabah Sarawak tanpa rasa janggal dan kekitaan dn tak wujud rasa perkauman dalam diri aku,Yeayy!
# Aku dah boleh peluk India yang ketiak bau kepam dan dah boleh laga laga pipi dengan amoi cina yang tak mandi.Sebab aku pun tak mandi dan sama bau kepam macam mereka.Haha!
# Dah pandai survive sendiri tanpa mengingati mak bapak dekat rumah.
#Dan dah reti dah sekarang jadi diri sendiri tanpa rasa nak control cun bagai ke apa.Motif?Sedar yang diri dah tua bangka.Jangan nak mengada sangat kak!
#Dah reti basuh baju sendiri.Itu memang mengharukan!Aku dah boleh pegang berus dan menyental laju laju sampai baju wangi.Yeay! Mak.nak kahwin.Lepas ni nak basuh suami pulak.

Nyiahahaha!gelak saitan!

last sekali,
aku semakin mengenali diri aku.Dan aku semakin tahu siapa aku di mata orang dan aku lihat mereka ada sikap kebertanggungan terhadap aku.3 bulan,bakal aku jadikan titik tolak untuk aku cari permata dalam diri,dan gilap sebagai bakti untuk orang ramai.
NURUL AMIRAH maksudnya KETUA SEGALA PUTERI (PEMIMPIN) dan pemilihan nama yang mak dan ayah beri memang tak salah langsung.100% TEPAT :)

cuma HUMAIRA yang maksudnya PUTIH KEMERAHAN je yang tersasar sikit sebab aku sekarang dah tak ada putih.itam legam rentung terbakar dan berpanau.Uwaaaaaaaaaaaa!
Benci tengok muka depan cermin.

Esok masuk penjara semula dan bermula lah kehidupan sebagai banduan terhormat!
Habis cerita.
tidur.
ASSALAMUALAIKUM :)

YANG BENAR :HUMAIRA KULIT KELABU ASAP.



Kembali ke tebiat asal.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!
Malaysia Boleh... bla bla bla.Teringat nada suara lemau makhluk PLKN masa sebut benda alah ni.
Eh! Baru mukadimah dah berdesup rakus sebut pasal PLKN.Rindu ke kak?Rindu eh?Alololo.Rindu letteww,
Mengada sangat dah 8 hari dekat rumah baru terbit rasa rindu
Tapi tu lah,haruslah ego kan.Tak kan nak menaip dekat status sepanjang masa tentang PLKN.Meluahkan rasa rindu dan emosi yang tidak tenang macam adik adik dekat news feeds tu.
hahaha.Annoying sangat.Bila dekat kem kau menyumpah seranah.Masuk kelas jahanam mulut maki hamun.Dah sampai rumah tergedik pulak nak rindu.Pijak perut laju laju nak?
Okay stop it.


Jangan nak marah membuak buak sangat.Sebab entry kali ni pun aku menyelit nyelit jugak tentang PLKN.
Jujurnya, program ni menarik dan sangat menghairahkan.Bila dah sampai sana baru tahu mcm mana rupa bentuk aktiviti yang sebenar.Malu lah jugak, macam dah ludah jilat balik.Masa surat sampai satu dunia aku canang tak nak pergi siap mensialkan lagi PLKN.wuwuwuwu.Sangat keji.Tapi bila dah masuk kem, dah lalui aktiviti dah kenal kawan dan dah dapat biasakan diri, tak segan dah nak tangkap gambar dengan baju celoreng muka hitam legam melekit lekit upload dekat FB sambil letak caption kitew buwdark PLKN. *angkat kening sikit kak? haha

















Orang kata, tak kenal maka tak cinta.Orang kata barang yang lepas usah dikenang :)
Tapi, betul semua tu dah jadi satu sejarah.Satu kenangan yang aku tak dapat lupakan.Mungkin, ada hikmah kenapa kerajhaan beria ria nak aku masuk PLKN siap panggil dua kali surat sampai dekat rumah.isk
Rupa rupanya, banyak yang aku dapat dan aku belajar.Semua tu mematangkan aku.Tergolong dalam kumpulan yang tua bangka, aku belajar dan cari nilai keibuaan sikit.Bila kau kena jadi ketua kepada budak budak bawah kau yang pangkat adik adik.
Masa tu lah, aku cuba pesongkan sikit kebiasaan aku yang sebelum ni memang pentingkan diri sendiri dan tak suka dengan budak yang bawah umur daripada aku.Tapi dekat sana, dipanggil sebagai kak yong,kak ngah dan ahhkaak buat aku fikir, boleh tahan jugak aku ni jadi kakak.Macam dihormati dan disayangi, Haha.Ni kalau mak tahu, mesti dimaki sebab sungguh licik aku bersembunyi di sebalik topeng kelembutan.Padahal, aku lah paling zalim ekcellyyy :p

Satu penganugerahan yang aku sendiri tak jangkakan.WIRAWATI TERBAIK :)




Baik sangat ke kau ni mira?Sampai dinobatkan bagai.haha.Entah.Satu persoalan yang aku tak dapat cari jawapan, mcm mana ketua jurulatih boleh cadangkan nama aku secara tunggal.Mungkin ada aspek lain yang dinilai yang aku rasa cara aku selesaikan tugasan kumpulan atau cara aku bercakap bila di depan orang.
Ya, memang dekat mana mana pun aku nak jadi ketua aku nak kan perhatian.Dan aku suka bila aku bercakap orang mendengar :) Dan perkara tu aku dapat masa di kem.Dan alhamdulillah.Anugerah ni buat aku kenali potensi aku.Cari ubah dan baiki lebih baik untuk masa akan datang .

Tak banyak yang aku ikhlas nak imbas balik.Sebab jujur aku cakap,persahabatan dan hubungan aku masa dekat kem aku rasa habis dekat situ je.
Aku tak ada nafsu nak terus berhubung dekat luar dan letak satu medium komunikasi dengan mereka sebabnya dari mula aku masuk, datang aku sekadar nak menimba ilmu dan habiskan hutang dengan kerajaan.
Aku datang, bukan untuk buat kawan. Done.
Kenapa ayat kau mengundang sangat ni Mira? haha.








And here we go.Yang katanya dikagumi sangat. aku dah berjaya turun 5kilogram.
Tapi masih tak boleh nak bangga sebab BMI aku masih di tahap obesiti.haha.Kejinyewwww
Balik rumah dengan bangun tengah hari.Orang bangun masa azan subuh,aku bangun masa azan zuhur.Makan tak henti henti sebab penangan air tangan mak, Sumpah! Jahanam gua punya berat badan ideal.JAHANAM.









Dengan berbekalkan elaun RM150 ,aku menghabiskan sisa kehidupan yang santai dengan berpeleseran sakan bersama teman seangkatan.Sakan kau mira bawa avanza berdating, macam dah anak enam bak hang.
Lagi seminggu sebelum dapat aku tahu mana hala tuju aku.Keputusan UPU memang mendebarkan urat kentut,Dan kalau rezeki itu ada,impian boleh digarap dan masih boleh diteruskan aku ada dua bulan lagi untuk menggemukkan badan.
yeay!
bye.


Terima kasih, MAHA HEBAT.

$
0
0

Hehe.Rasa nak masuk blog buat gelak tikus malu malu pulak.
Sebab sekarang kan bulan puasa, tapi aku tak puasa tapi muka dia punya selebet macam orang puasa.
Tak ketinggalan jugak, bila sahur muka aku yg bangun mengadap meja makan dulu.
Haa, nampak tak dia punya rakus gelojoh tu?
Sangat tak matang bila masuk terus mengaku tak puasa.aish!

Hari kedua dan mungkin aku rasa pada hari keempat molek sungguh itu aku memulakan pengembaraan pertama puasa.
Setahun datang sekali dan memang menarik lah.Orang kata bila puasa memang syaitoon dah kena ikat.Jadi, pada bulan ni apa yg kita tonjolkan tu adalah diri kita yang sebenar.
So?Bila baca ayat ni,tengok diri sendiri mula buat muka kesal sebab rasa diri ini sangat teruk.
Orang bangun di kala azan subuh dilaungkan.Tapi aku bangun semasa azan zuhur dilaungkan.haaa, nampak tak tahap hibernasi dia? Mohon emak mertua terus sudi menerima tanpa berfikir masak masak.
Dah bangun tidur, tahu buat salah sebab bangun lambat yang bakal mengundang kemarahan ommak teruslah aku acah acah nak sidai kain,kemas rumah kemudian bersihkan dapur. Lagi nampak klishe bila bangun terus tanya mak sihat?Mak buat apa je pagi ni? HAHAHA!
kau memang mengundang mira!memang mengundang :D
Fake je semua ni.




Hari ini jugak,pada detik khamis ini aku dapat apa yang dah lama aku cari.Apa yang dah lama aku mahukan.
Gelaran siswazah.Bak hangg, gua terdesak gila nak bergelar mahasiswi.Rasa kawan kawan lain sangat ohsem tahap kembang punya hidung bila melihat mereka berpusu pusu ke kuliah, hidup bahagia dengan kawan kawan sambil pakai tag Universiti masing masing kemudian update status dah tak buat kerja sekolah tapi buat assigment.
Aku sebagai stalker tegar, hanya mampu wow terbeliak biji mata sambil hati tersayat sedih kerana diri masih bersarungkan baju sekolah.
Itu memang satu penderaan mental yang membakar semangat berkobar kobar sampai jadi dendam kesumat. haha.

Dan pagi tadi, UPU boleh disemak jam 12 tengah hari.Memang berdebar sangat lah sampai makan tak boleh berhenti.Mengharapkan kesedapan makanan itu buat aku kenyang.Leka mengunyah leka tak fikir UPU.Lepas tu bagi hilang gemuruh cadang nak bangun jam 2.00 petang sebab kalau keputusan okay boleh terus bangun.Kalau keputusan tak okay boleh lah sambung tidur.
Tekad yang baru sebab tadi macam ada gerak hati bakal terima berita buruk.Aku celik mata pada jam 11.50 pagi.Mandi minum susu dutch lady seteguk dua terus duduk depan komputer :)

Buka punya buka,sebab web lambat nak loading mencelah sebentar layan running man.Kehandsoman dan ketegapan badan Kimjongkook buat rasa berdebar aku hilang.Muncul pula rasa ghairah.eh?
Lepas tu dah boleh buka.Banyak pula dimintanya.IC dan NO GILIRAN :)
click dah clcik lambat lagi loading.haishh bila cerita kau nak habis ni Umai? haha.
sambil jari main chak chak dengan skrin tutup tutup mata, terus nampak page ni!
ALHAMDULILLAH. jerit dalam nada terkejut.mak orang dapat UM!
MAK ORANG DAPAT UM!
Alhamdulillah :)
Terima kasih Allah kerana kabulkan pilihan pertama aku.



KAUNSELING? kenapa kaunseling?
Sebab minat dan rasa nak jadi pensaiko yang paling berpengaruh! haha.
tak lah.Sebab musababnya sangat panjang.Dah jejak masuk baru boleh bagitahu kenapa memilih bidang kaunseling.


ye cik?Ada masalah? Mari saya selesaikan.Nyiahahaha!aumm!



Kemudian secara membabi buta pula terus print screen dan upload dekat facebook.HAHAHA!kau nampak tak betapa riang ria rayanya hati ini.Tak fikir dah orang nak mengata apa.Cuma fikir nak merasa macam rakyat jelata fesbuk yang bila dapat dekan markah suam suam kuku paras hidung terus mencanang dekat fesbuk.Kiteww pun nak tiru lah. haha.Bila dah upload dan merasa perasaan tiu, rasa segan terhadap diri sendiri.Mengapa boleh jadi rakus yang sedemikian ni Mira? Malu sikit.malu orang tengok.


Secara simpul matinya,ALHAMDULILLAH.
Tak sangka ianya dejavu bila scroll balik entry yang lama lama, apa yang aku catitkan pada tarikh 3 MAY 2010 jadi kenyataan.Dengan tajuk entry yang baru nak up BAKAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYA bakal menjadi kenyatan.Dengan kuasa dan izin ALLAH semua boleh berlaku.Ianya mencetuskan senyuman dalam diri aku.Tak sangka bin ajaib.entry masa hingusan.Tajuk macam kena lahhh hehe
BAKAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYA ;)

Memang seronok.Dan maksima seronok tu kita je yang faham.Sebab aku je yang rasa betapa losernya masa terkandas di tingkatan 6.masa Uitm buang aku sebab tak lepas interview sebab masa duduk bercakap kenalkan diri boleh nervous main seret seret hujung kaki dekat kerusi.Urgh! Tak meyakinkan betul gaya kau.Dan sekarang, ianya betul.Allah aturkan yang terbaik.Sakit perit malu bodohnya selama 2 tahun aku mengambil STPM buatkan aku bermain dengan istilah balas dendam.Dan, ini apa yang aku dapat atas firman KUN FAYAKUNNYA.

Mungkin betul, masih terlalu awal untuk bersorak riang atas diri sendiri.Mungkin.
Cuma kalau boleh dipasifkan ianya adalah perlu bila kau sendiri rasa sangat jealous dan tak berguna waktu ada suara keliling yang pertikaikan diri kau,kemampuan kau dan siapa kau yang sebenar.Dibesarkan dengan aset petah bercakap tapi kosong isinya atau kau jenis yang tahu kehendak kau dan boleh buktikan kenyataan itu.
Aku menulis catitan ini untuk diri sendiri.Sebagai peringatan bahawa ini adalah langkah pertama dalam perjalanan yang sangat sangat masih panjang jauhnya.
Langkah pertama yang aku mulakan dengan ucapan syukur alhamdulillah.







Hakikatnya, aku bukan mencari jutaan kata tahniah.Bukan emosi kagum dari mereka yang memerhati aku mahukan.Aku cuma mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.sejarah Universiti Malaya yang dah melahirkan beratus penyumbang bakti untuk negara.Ya, itu apa yang aku cari.nikmat bila merasai sejarah dan jadi sebahagian daripada nilai sejarah itu.
Apa yang aku mahukan adalah senyuman dari wajah mak dan ayah.
Biar mereka yang lain kata baru permulaan,nyahkan! sebab aku tahu senyuman dari bibir mak dan ayah itu memberitahu aku bahawa aku boleh jadi lebih lagi dan you did a great job! Tahniah ,sayang :)

Alhamdulillah.Perjalanan masih jauh.Ada 2 bulan sebelum mula tempoh perah otak dan kerahan tenaga.Jujur, aku tidak faham nilai etika survivalnya hidup sebagai pelajar ipta.Mohon bantuan dan diberi kekuatan.
Assalamualaikum :)

UM,UM,USM,USM,UNIMAS. <3 td="">3>



Jangan muka kau cenggini sedah bila kena tendang dari kampus.hahaha. EH,tak baik cakap cenggitu.ianya doa.Mohon yang baik baik sahaja.amin.

*pesan dia : Jangan terlalu mendongak.
bye!




Aku rasa DEJA-VU

$
0
0

Assalamualaikum.
Nampak tajuk entry macam urban.Aku rasa dejavu.Nasib baik bukan dejamos yang owner kek lapis sarawak tu.Orang kata perniagaan kek beliau sedap.Betul ke?Aku tak pernah rasa kek lapis beliau sebab perut aku sendiri dah berlapis.
Atau nasib baik bukan, aku rasa dajal.Nyiahaha!


Orang kata, tak elok percaya dengan dejavu.Ya lah,sama jugak macam karma.Itu kan semua berzaman punya kepercayaan sanskrit.Takut, kalau dipercaya nanti membawa kepada unsur khurafait syaitonnirajim.
Sebagai muslim, paksi yang teguh kan wajiblah qada dan qadar :)
Ewah, ayat dah memancar nur dah sekarang.HAHA.

Tapi tak apalah, aku tetap hati batu kerikil nak guna dejavu.walaupun, hakikatnya aku sendiri tak berapa faham dejavu ni menatang apa.Adakah adik beradik dengan dejamos?
Cuma firasat perasaan dejavu ni muncul pada selasa yang lepas iaitu pada tanggal 23 Julai ketika di sekolah.
Ala, dalah fahaman cap ayamnya dejavu ni macam kau rasa yang kau pernah lalui apa yang tengah kau buat sekarang.Macam, bila kau buat sesuatu,kau terfikir yang ..eh aku macam pernah buat lah semua ni.
Nampak tak penjelasan tahap gred E punya aku kasi.haha.

woahhh! Dah lama gila tak jejak kaki ke sekolah.Selepas dapat result rezeki yang uturn dari langit tu,ada lah sikit sikit update dekat cikgu.Tak lah keseluruhan sebab tak mahu lah nampak riak bebenarkan :D
So, datang sekolah sebab nak ambil sijil STPM.Kalau tak ada sijil STPM,gamaknya idok ler boleh aku nak masuk U.Cepat datang cepat siap.Walaupun hakikatnya tak adalah cepat mana sebab sah sah nanti jumpa cikgu banyak benar tips dia nak bagi dan banyak cerita yang kami nak luahkan.
Rindu :')




Apa yang berkaitnya dengan dejavu adalah, aku datang.aku masuk kelas dan satu detik tu aku perlu berucap depan adik adik junior tingkatan 6 atas dan 6 bawah.Yang aku kira dalam 20 orang lebih,mungkin.Aku berdiri di depan,aku bercakap dan melihat mata mereka sangat fokus.Sangat teruja untuk mendengar.
Hati aku berdetik yang 'ya,aku pernah lalui benda ni dulu.Aku pernah duduk di tempat mereka dan dengar ucapan senior yang dah berjaya.Apa yang aku rasa masa tu sangat sama dan sangat terkesan.Kata kata ketika itu,adalah satu inspirasi'

Sebelum berucap,masa cikgu bagitahu minta bagilah sikit tips dekat adik adik.Mana yang boleh diguna pakai buat pedoman hidup.Walaupun segan,bercakap je lah.Bukan ke cakap cakap kosong ni memang kepakaran aku.heee.
Pokoknya,kenapa berkobar sangat cakap pasal stpm?apa ada dengan sejarah silam kau?
Peduli apa aku.Kau tahu,aku dah lalui banyak benda pahit sepanjang aku belajar di tingkatan 6.sangat memeritkan otak jasad hempedu hati dan limpa.
Sakit.
Jadi,kesakitan tu hilang bila aku kerap mainkan semula kenangan satu tahun setengah tu dekat pemikiran aku dan aku kerap sebut tentang kenangan itu :)
Pahit yang akhirnya berakhir dengan detik manis.

Simple,tak banyak benda aku cakap.Semua berkait dengan pengalaman aku dari mula menapak sampai sekarang.Satu hakikat yang aku luahkan adalah,jujur.Aku buat STPM atas dasar DENDAM dan SAKIT HATI .kalau orang lain buat atas dasar harapan ibu bapa,impian hidup dan nak tebus kesilapan spm..aku pulak buat atas dasar DENDAM KESUMAT .
Makin lama,makin berapi emosi ini.mihmihmih.





Tujuh kawan yang lain,masing masing bercakap atas dasar nasihat dari hati dan pengalaman lampau.
Dan tujuh cerita itu menjadi rangkuman bahawa itu adalah kami :)
Berkongsi atas satu rasa yang sama,berdiri sebagai minoriti kami bergerak susah senang bersama.Bacul lah mereka di luar yang berkata macam mereka sangat mendabik dada.
Hari itu, Shaz kata.. Alhamdulillah.Rezeki itu Allah dah aturkan.Dan kami dapat Universiti Malaya.Dan ,maaf.ianya bukan uitm.
Perit untuk mereka.Dan puas bagi aku.

Terima kasih atas penghinaan yang dulu,terima kasih untuk kata kesat yang dulu.Dan sekarang,aku mahu lihat kau berlari bersama aku atas satu landasan.Siapa yang jatuh dulu aku sediakan tapak.

Falsafah cina tsun zu dalam kitab The art of War ada sebut, kenali dulu musuh kau sebelum kau bermimpi untuk menang di medan perang.
Hari ini, aku kata.Kau main dengan salah orang :)
Salam ramadhan.






Wishlist bulan Ini,
kasut ala boots,handbag dan hairdryer :)
bye.

Sisi gelap, KAWAN AKU

$
0
0

Ini cerita rambang yang sampah.







Aku ada seorang kawan yang katanya dia mahu berhijrah ke arah kebaikan.Satu penghijrahan yang sangat diselimuti nur.Bahkan,satu dunia termasuklah aku yang kerdil ini tahu bahawa dia mahu berhijrah.Dalam menunduk menjaga batas ternampak juga riak menunjuk itu jika mata yang memerhati itu tajam seperti pisau.Mata yang macam aku.hehe
Satu dunia dicanang bahawa aku mahu berubah..Kalau boleh aku berkurang ajar di sini pasti ini yang dikata hatinya,kawanku itu..
Woi.aku dah baik sekarang.Aku nak jadi bersih macam malaikat.Kau teruskan lah macam syaitan.Neraka menunggu engkau.Aku pasti ke syurga.haha.Jahanam!
Aku bermonolog sendiri,dan itu dialog yang aku cipta keluar dari mulut dia.
Mungkin ya mungkin tidak.Entahkan betul dia bercakap begitu entahkan salah.Atau aku yang masih belum berubah ni sengaja mencipta monolog bangkai.Busuk.

Satu dunia mendoakan dia.Aku juga tidak putus tumpang gembira dan laju bibir aku basah dengan kalimah alhamdulillah.Alhamdulillah.Segala pujian bagimu,Allah yang Esa.
Jauh di sudut hati aku, terdetik juga lintasan aku mahu jadi seperti dia.Berubah seperti dia,kawanku ini.
Yang mengharukan aku lagi, dia masih sama.Masih bergaul bersosial.Setidak tidaknya dia bukanlah seperti arkam yang drastik memandang syurga.Dunia rasional dilupakan.Stidak tidaknya.

Aku dan dia masih seperti dulu.Hubungan persahabatan kami lancar.Kau perlukan aku dan aku juga perlukan engkau.Aku dan dia tetap berjumpa.masih duduk semeja.Gelak berdekah tanpa rasa kekok.Berbual di laman sesawang.Bertukar cerita di pesanan ringkas.Bergelak ketawa berhadapan.Bercaci sopan di ruang peribadi.ya,Aku masih berjumpa dia.bagi aku,JUMPA.
Sedangkan dia tidak pun erjumpa aku.sebab dibataskan campuran sentuh nuraninya antara dia yang seperti malaikat dan aku yang keji seperti dajal.haha.aku mudah,bagi aku jumpa itu luas maksud dia.kalau kau faham apa erti aku.Kalaulah engkau faham :)


*Ini adegan perumpaan sampah yang aku cipta, untuk gambarkan tangga perubahan kawan aku itu.
PERUMPAAN sebab orang kata nak memantul biar berkias.Biar dia tangkap sendiri.

Ada satu hari itu.
Aku dan dia duduk semeja.Rancak kami bergelak ketawa.Melepas rindu kekok masing masing.Rindu plastik yang nyata.Tiba tiba,azan berkumandang.Mendayu suara itu memanggil agar terus menerpa sujud pada Sang Pencipta.
Aku sengaja tulikan telinga tapi mataku tidak lepas memerhati dia,kawanku ini.Aku masih berdekah ketawa seperti tiada apa yang memanggil.Dia,aku lihat dia sudah gelisah.Gelisah bagaikan duduknya disula neraka.Dia sudah tidak keruan.Aku berdetis di hati, dia mahu bersolat tu.Dia nak pergi sembahyang.

Tapi tapi tapi..
Dia masih duduk berteluku di situ.Tidak bangun dari tempat durjana aku melepak.Dia masih diam di situ.Aku mula bersoal jawab.Kalau nak sembahyang,pergilah.Surau jauh.Kena pusing sebelah sana.
Dia angguk.Akhirnya masa berlalu hingga ke dinihari dia sama seperti aku.Hanyut.

Soal aku sendiri,
Kalau mahu berubah kenapa perlu malu bertangguh untuk kejar urusan utama?
Kalau kau sudah berubah, bangun!Sembahyang,sedarkan kami kawan kau yang leka ini.
Bukan itu juga satu kebaikan pahala yang engkau cari?Menegur orang yang sesat.Tapi kenapa kau diam?
Satu hari suntuk itu, kau lebur.Sama seperti aku.
Saat itu, aku tersenyum sinis.

Dan oh ya,Lupa.
Dalam aku bersembang menegur melihat gerak geri dia tanpa dia sedar,
Dia masih yang dulu.
Dia masih sama.
Malaikat yang bertopengkan wanita muslimah.
Mata dia memerhati aku lihat penuh dengan muslihat jelik,Cara dia membuka langkah aku lihat penuh dengan kepuraan.Lembut dia beralun untuk menarik banyak pandangan mata.Petah dia bermain kata untuk mendapat selonggok pujian.Lontaran suara dia aku dengar penuh dengan momentum dengki.Jangan orang lain lebih dari dia,terutama aku kawan dan lawan dia.Permainan dia kotor.

Dan, satu ketika .
Aku berdoa.aku tidak mahu jadi seperti dia.
Berubah di canang canangnya.Kesucian diri dia diagung agungkan oleh diri dia sendiri.Kawan bodoh yang tidak kenal siapa dia, terus asyik kegumkan dia.Mahu menjadi seperti dia,

Aku?
Aku kenal dia.Aku tahu siapa dia.
Dan aku terus tersenyum sendiri melihat gelagat sampah dia.
Dan aku geli dengan kawan sendiri.HAHA!

Terasa ke kawan?
Ouh jangan!Kan sudah aku bilang di awal cerita bahawa ini cerita rambang yang sampah.





Tidak putus aku berdoa untuk diri sendiri, dekatkan hati aku dengan mu,ALLAH.Supaya aku terus beritiqamah.Tunduknya aku pada-mu biarlah kau dan aku sahaja yang tahu,ALLAH.
Permudahkan segalanya. :)



Pra-Tonton

$
0
0


Assalamualaikum.Khusus kepada mata yang membaca secara tak sengaja.
Mungkin taipan jejari pada entry ini lebih kepada monolog.
Monolog dalam hati yang cuba aku sembunyikan tapi jelas mata yang memandang sana, nampak betapa aku cuba bermain dengan penipuan.
Menjadi si hipokrit dalam watak diri dan bermain tarik tali dengan janggal,

Mukadimahnya..
Hello janggal.Aku harap kita dapat menjadi kawan baik.Walaupun asasnya aku tak rela.

Pernah kau rasa apa itu sakit yang tertahan?
Macam hati kau tengah dipicit ramas digenggam mampat?
Sampai kau nak bernafas pun rasa sesak.Sesak yang kau rasa pedih.
Kadangkala sakit itu buat hidung kau terasa panas dan mata kau mula kabur dek air mata.
Pernah?
Ya.Aku sedang rasa apa itu sakit.
Hati yang sakit.

Ranap semua emosi yang ada,
Bila aku perlu cari tapak untuk berdiri sendiri sedangkan hati aku merintih mahukan sokongan daripada dia.
Bila mata aku celik kehadapan,tapi hanya yang aku nampak muka dia.
Bila tangan aku gapai, cuma harapkan bersatu dengan tangan dia.
Tapi yang aku dapat cuma rasa hati yang tak berbalas.

Orang kata, jangan terlalu leka menganyam mimpi.
Kelak bila kau terjaga, kau hilang arah sebab mimpi itu hilang sekelip mata.
Tapi orang pun ada kata, siapa yang tak percaya pada mimpi
dia hilang percaya pada keindahan masa depannya.

Aku dan bayang bayang dia,
Macam dekat, tapi sebenarnya jauh :)

Ya.Macam dekat.
Sangat tak adil untuk aku berlakon seolah olah aku dekat dengan dia.
Sedangkan momentum yang asas, dah aku langgar hukum syaratnya.

Sekarang, aku rasa kosong.
Dan simpulan mati erat hubungan itu, aku rasa tak rasa boleh tak boleh bertahan lama.

Mira, 10 hari lagi yang tinggal untuk kau kekalkan momentum yg sedia ada.
Lepas dijangkau langkah 10 hari tu,
permainan yang kau reka,
terletak atas tangan kau.
Ya atau tidak.
Yakin atau gentar.

Aku bermain imaginasi,
antara aku dengan dia.
Banyak yang aku lakarkan indah indah.
Semuanya tentang keindahan kita.
Ya
K.I.T.A
dalam kotak dunia kecil itu, hanya ada aku dan kau.
penuh dengan senyuman.

Aku mahu berjalan di atas rumput segar yang kukuh janjinya.
Bila mendongak aku dapat lihat kepulan awan putih yang jujur.
Tar hitam yang aku pijak kental penuh dengan rasa cinta.
Udara yang aku hirup memberi nikmat sayang untuk aku.
Aku tamak mahukan semua, sedangkan realitinya perjalanan aku terlalu jauh.
Penuh dengan liang kosong yang pudar hambar.



 Dan aku berdetak sendiri, aku tak mahu lihat tentang masa depan sendiri sebab tuhan tak pernah memberi aku kekuatan untuk melihat apa akan jadi pada waktu akan datang aku nanti.


Mata tak pernah menipu tentang apa yang aku rasa sebab dalam mata aku, bila kau tenung jujur.
Kau akan lihat bebola hitam aku sebenarnya cermin untuk kau.

Dalam mata aku, aku nampak engkau.
Bissmilahirrahmanirrahim.



Rindu

$
0
0


Jasad ini pengemudi haluan aku.
Aku panggil ini sebagai mesin penggerak
Tapi pemacu teratas adalah minda aku
Lebih atas menjagkau fikiran adalah Yang Maha Satu

Aku terus sahaja melangkah
Langkah deras selagi aku mampu
selagi mesin dua kaki aku bertenaga
aku bernasib baik
Jika tidak, di jalanan usang itu tempat aku

Hati aku memegang kunci yang utama
Hati kata, kunci ini tak ada pendua
Satu hati cuma bertuankan satu muka

Apa fungsi mata?
Aku kata mata sebagai penyuluh cahaya
letaknya mata di tempat paling indah.
hingga yang lain celaru dengan tuah mata
Tapi aku kata, mata kadang kadang menipu

Hanya hati yang tahu
apa yang mata nampak
sebab hati boleh merasa
sedangkan mata sekadar melihat kosong.

Kalau apa yang terhidang depan mata itu semua indah belaka
Mata boleh terus bulat terbuka sampai lupa yang celaka
Tapi bila sajian mata itu yang buruk dujana
mata boleh saja terus hilang persona

Perjalanan aku masih jauh
jauh hingga aku masih belum nampak petunjuk
Cuma aku tahu, Yang Maha Pengasih itu sentiasa ada memberi petunjuk

Tapi itu lah, aku kata mata aku celik nampak yang ditujuk
Tapi hati aku masih buta tuli ikut telunjuk
Sampai kadang kadang aku sendiri jatuh terduduk
Lumpuh dengan emosi yang bercampur aduk

Sedih
Luka
Marah
Kecewa
Berahi
Sakit

Aku pasti aku akan terus juga melangkah.
Bukan pasti,
aku memang akan terus melangkah.
benar.

Bangun, AMIRAH :)











Selingan manis, sebenarnya aku rindu dia hehe
sebab tu nukilan macam tak ada kena mengena dengan gambar haha
bye :)


Aku yang dulu bukan yang sekarang.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera! :D
Geli tak kalau nak pakai tajuk lagu tegar "Aku yang dulu bukan yang sekarang"
dulu ditendang sekarang ku disayang
dulu di keji sekarang ku dipandang
dolu dolu dolu ku menderita kegemukan
sekarang aku lagi gemuk hikhok hikhok!
wahahaha

Ini adalah entry pertama aku selepas bergelar mahasiswi Universiti Malaya
Kenapa mira kenapa?
Kenapa ini yang pertama selepas nak dekat 2 bulan kau dah masuk belajar..
kenapa mira?
Adakah sebabnya aku sangat acah acah sibuk ?
bhahaha



Ya,memang sibuk.Sebab tu lah aku tegaskan sekali lagi aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu.. masa dekat sekolah masa zaman stpm seronok gila nak mampus kebabian bahagia.
Semua cikgu sumbat. Semua cikgu sediakan.
Kerja aku bukak mulut terima terima terima, kalau tak setuju melawan dan mengata belakang belakang mempengaruhi rakan sebaya sehingga pernah dilabelkan derhaka oleh cikgu kelas -_-

Sekarang , baru aku celik dan nampak dunia ini. Dunia yang besar dan bulat. eecewahh
Sekarang kena bersaing. Apa yang boleh aku simpulkan berdasarkan pemerhatian dan ujikaji diri sendiri
aku rasa yaaa budak stpm kena bersaing, kena cepat, kena laju, kena catch up dan kena berdikari dan kena faham konsep. Sebab ini bukan alam persekolahan lagi.
Sangat ada beza. Dekat sini semua gerak sendiri dan alhamdulillah, dari penceritaan kawan kawan yang masuk u awal dari aku, dorang kata kena standby dan matang. Jangan harapkan bantuan orang lain.

Maka, boleh lah aku praktikkan. Walaupun kadang kadang, aku tercengang bangang jugak dengan situasi pembelajaran dia, Isk. Bila buat muka nak meraih simpati tak cukup kasih sayang pensyarah tibai setempek
'girls, ini bukan school feeding okay? You all dah masuk Universiti. Wake up.Tak ada orang dah nak suapkan you all'
Choooyyyyy!
Dia guna analogi school feeding aka breast feeding.
Puting susu siapakah yang aku nak sedut ni? haha

Setakat ni, okay.
Masa disambut sebagai pelajar baru, aku diberi nasihat yang serupa banyak kali
Ini UM, the best university in Malaysia. So kalau you masih berada di alam mimpi, rasa nak main main. Rasa malas rasa sayangkan waktu tidur tak ada fokus tak ada matlamat, you better stop it.Jangan malas, if tak next sem muka you tak ada dah.
Ya, aku setuju dan aku akui. Betul, kalau malas aku akan kecundang.

Persoalannya, beban berat tu aku tak rasa lagi sebab aku sendiri risau dengan diri ini.Kenapa aku banyak sangat masa tidur berbanding masa belajar? Kawan kawan bilik tengah malam bukak buku, aku tidur.Petang tidur lepas balik kelas tidur.
Pagi pergi kelas tu pun bertikam lidah dengan nafsu syaitoooon durjana. Otak kata, jangan bangun., tak payah !pergi tidur. Tidur lagi nikmat. Tak payah pergi kelas mira.Its nothing!
Tapi hati bisik bangun! Jangan jadi bodoh kau nak sia siakan peluang kau.
So, lepas macam nak mati buat keputusan ke tali gantung, barulah aku bangun.


Natang mu mighhaaa. Dulu masa tak dapat, beribu kali meniti di bibir nak masuk U nak masuk U.
Sekarang bila dah dapat, jadi sambil lewa jadi putus asa.
Silap aku juga, aku sangat sangat terlalu memandang tinggi kepada budak budak disekeliling aku.
Mata aku lihat mereka pandai. Hati aku kata mereka hebat.
Dan aku menunduk lihat diri sendiri. Segan.isk!
Captain kata, aku terlalu banyak fikir yang negatif berbanding positif. Sebab tu lah muka lemau lembab je.
Jadi dari situ, mental breakdown dah melampau lampau.Sebab tu rasa loser je, rasa forever alone rasa sikap kebergantungan tu sangat tinggi. Sampai aku tak boleh jengket nak bergantung.
Bahaya mira bahaya. Shaz kata, aku kena bangun! Ingat dulu sebelum masuk sini betapa susahnya aku merangkak nak dapatkan tempat yang macam sekarang. Shaz kata, bangun! Jangan siasiakan. Sayang shaz :') Omnomnomnom.

Mungkin secara total masih belum biasa. Sangat kekok. Sampai ada masa, aku rasa aku forever alone. Sumpah woyyyy
Macam tak ada kawan.
atau yg lagi tepat, macam tak ada orang nak kawan dengan aku HAHAHA
sebab? adakah muka aku muka bangang abadi? atau muka aku acah acah sombong tahap kak ton? versi kak ton yang dah tak comel langsung. wwuwuwu
entah .Aku sunyi.isk
Aku ambil masa yang sangat lama untuk biasakan diri.Untuk kenal dengan orang.Plus, boleh dikira dengan jari berapa orang yang tak berhijab -,-
Kalau itu yang dijadikan halangan, ya aku rasa mereka yang berniqab ala ala suci tu nampak tanduk di kepala aku. puih

Tapi alhamdulillah.
Kalau nilai kawan tu aku tolak tepi, aku rasa sebagai langkah permulaan aku dah dapat tapak untuk berjalan ke arah apa yang aku nak.
apa yang aku mahu dan apa yang aku cari.
Amirah mahu menakluk mata yang melihat, telinga yang mendengar, minda yang berfikir dan jiwa yang berperspsi.
Aku sejak dalam perut mak aku dah kata dengan mak, aku mahu dikenali.
Aku suka bila aku bercakap, orang mendengar, orang terpukau dan orang memuji.
Itu akan membangkitkan rasa ghairah aku untuk terus melangkah cari siapa aku yang sebenar.
Aku sukakan penonjolan yang positif dan aku suka berada di atas,
Amirah, mahu menakluk dunia.
eceececeh.. kemain ayat hiperbola kau. Hashtag Ini semua Poyyyyoooo! haha



Dari segi aktiviti yang bernas, Aku ada lah juga memncuba nasib sebagai Pengacara.
Tapi peringkat kolej je lah haha.
Nak lebih lebih tak tegar lagi.

Kemudian disusuli dengan cuba nasib sebagai pengacara majlis yang besar sikit
Sayang seribu kali sayang, niat awal mungkin tak betul.Maka aku direject dengan padunya! Hahaha
Dah lah jadi peserta pertama.Haaa kau. hashtag Kelas kau maria! :D
Pandai juri tu bagi komen positif yang membuatkan hati aku berbunga kembang sebab rasa mcm dah power dah.Malangnya tunngu punya tunggu haaaa kau.Mampus tak ada feedback haha
Its okay, muka kena konfident gaya kena bagus! :p



Seterusnya, ini ruang lingkup yang paling aku gemari.
Aku kan memang gemar bercakap.Jadi ketagih nak cakap kuat kuat jerit lantang lantang haha.
Walaupun sebenarnya apa yang aku kata itu adalah SAMPAH
Selagi kau yakin bercakap, walaupun butirannya sampah sarap kau tetap akan dapat terus bercakap hingga ke nokhtah terakhir. hikhik
Ini adalah satu permulaan yang ohsem! Posisi mighha di kerusi ke tiga.
Perlawanan debat antara kolej. Aku mewakili kolej kediaman kesebelas.
Dapat tempat keenam daripada 12 kumpulan.Okay lah kot.
Jadi laahhhh haha


Tapi sebagai pencapaian individu, 3 kali berturut sebagai pendebat terbaik dan keseluruhan adalah 3 tempat teratas.
3 adalah aku aka wanita tunggal ibu tunggal haha dan dua lagi adalah lelaki yang bakal mengepalai arena kepimpinan.Tahniah :)

Bercakap tentang kawan kelas. Alhamdulillah, aku seronok aku selesa dan aku dalam proses untuk kenal dan kenal mereka lagi.
Yang mana, kalau mahu jadi pemerhati yang prejudis aku nampak dalam kelas tu sebenarnya dah wujud siapa kawan siapa lawan.
Bukti pendedahan, dihujungnya andai benar apa yang aku rasa, aku akan beritahu.
Tapi kalau salah? Mohon ramai ramai tampar mulut aku laju laju sebab terlalu puaka mengata orang.mihimihmih
Aku tabik dengan dimensi baru yang kawan kelas aku bawa. Cina, yaa.Cina dalam kelas aku sangat sangat lantang lancang berani dan outspoken.
Hingga gentar aku nak bertentang mata hikhik

Kelas aku seramai 36 orang.5 lelaki dan 31 perempuan.
Buat masa ini, aku boleh kata kami okay dan kita okay.
Buat masa ni. Dan aku harap hingga penghujungnya akan terus okay.Sebab 4 tahun wehh nak mengadap muka yang sama.Tak sakit kau kalau awal awal dah main kotor? :D

I love them!
telepati yang makin serasi.







Kami dah sama sama buat kerja amal cucian kereta dekat dengan perpustakaan utama UM.
Sebab nak dapatkan dana selagi boleh selagi mampu sebelum ke penjara marang Terengganu.
Lawatan ke Penjara Marang yang diilhamkan oleh Dr Razak yang dia nak sangat sangat kempunan ala ala ibu mengandung nak tengok banduan, dan melangkah masuk ke penjara.hihi.Dr comel :D
Andai tiada aral, dalam tahun ni akan ada lawatan ke penjara marang dan trip ke terengganu.
Haaa nampak? Ada dua tujuan dalam satu visi destinasi haha

Cucian kereta hari tu kami dapat kumpul hampir rm800 dalam masa 2 hari.
Hebat kan? Boleh kembang kuncup hidung sambil kira duit sebab banyak tuu dalam masa 2 hari yang cuma separuh separuh hari sahaja.
Terkeluar bakat sental daki kereta dalam diri masing masing.Tak pernah pernah lepas mak beranakkan rajin nak menyental kereta, haaa kau bila dah masuk universiti bukan main meratap sembah pelanggan paksa suruh cuci kereta. Kalau tak,kereta anda kami calarkan!
Segan juga bila berjalan naik bus semua, usung baldi. Baldi gua dah lah bapaklah besarnyaa pun adoy terberrr
haha. Alhamdulillah, aktiviti santai riadah basah ketiak yg menarik.Yeay!








Bercakap tentang roomates , aku rasa kami okay.
Sorang dari kl perak dan kelantan.Latar belakang dan olahan cara yang berbeza, bilik jadi caca marba haha.

Sekarang cuti seminggu sebab raya korban.
Mukadimah dah sampai di penghujung. Tak nak taip lebar lebar sebab baru menapak bertatih di sini.Macam macam boleh jadi, tapi inshaallah mohon yang bakal terjadi adalah yang baik baik.
Seronok tengok bila orang dah konvo :')
aku? 4 tahun lagi.
Captain, tunggu sayaaaaa hehe
Mak ayah tunggu mighha

Nak cakap satu lagi, kes rasmi yang dah macam aur dengan tebing aku dah makin gemuk weh!
Tahniah mighaa tahniah. Luaskan kuasamu.
Balik rumah mak ayah marah membebel sebab dah makin gemuk lantas kaitkan dengan isu sensitif nanti kau tak berlaki. Its okay daddy mommy, i rasa captain nak je dekat i. hikhok hikhok!
Siapa boleh tahan bila kau boleh cedok nasi sebanyak mana, lauk 3 4 jenis kau cuma bayar rm4.00, Chicken chop set lengkap rm4.50 , makanan goreng goreng kuali panas rm3.50 .Semua disediakan dalam kuantiti pecah perut!
Tidak kah itu namanya syurga makanan? Lagi nikmat berbanding gadis tepi jalan di Krabi Hatyai dan phuket. weehuuuu!
3 tahun lagi, muka gua boleh mencanak dalam iklan Gain weight! haha


Sebagai santapan biji mata , tataplah selingan gambar umai sepanjang di UM.
Lokasi semua di bilik pergi balik ke kampus fakulti.Belum lagi jelajah jadi kakak kawasan.
tatap je tau, tak suka tatap sila tutup. :D














Okay lah... ayat penutup yang ham ham ham hambar.
Nak siapkan assigment.Semenjak dua menjak ni, tak sebut dah kerja sekolah hikhik. Dah 3 hari dekat rumah, haram jadah kerja satu apa belum siapppppppppp.
K byee, Adios pembaca yang bermata cantik.





Bercinta di balik api BABI

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Bercinta di balik api BABI.
Sejak ramai yang terkejut beruk terangkat kening dengan tajuk nama buku ni, meh sini meh akak umai tolong cerita sedikit sebanyak cerita buku ni yang nama bukan main haram. Nasib baik pegang tak kena samak.Lagi ekslusif bila setiap bab ,gambar babi tengah menanduk terpampang jelas. Gemuk sungguh babi tersebut.haha


Hari pertama tahu ada jualan buku murah masa lalu depan fakulti sastera dan sains sosial. Tengok banyak bukan main meja bersusun dalam dewan siap bertimbun buku. Sambil jalan kepala terteleng kebelakang pandang buku. Sumpah masa tu nafsu membuak buak persis nampak makanan depan mata. Macam ibu mengandung mengidam nak makan durian creepe.

Selain makanan berlemak yang boleh buat perut makin banyak selulit pecah terburai, aku juga jenis manusia yang suka menghabiskan duit wang ringgit ibu bapa atau duit tabungan masa sesak ke arah buku buku separa ilmiah.
Bukan buku pelajaran formula matematik atau teori psikologi, tapi buku novel cinta berahi dan buku berangan sakan menjadi pilihan utama. Yes! Dan hasinya, lidah aku lancar berbicara putar belit cakap cakap kosong,
Nampak? Baru mukadimah dah panjang berjela belum masuk tajuk.Padahal nak cakap pasal buku Bercinta di balik api babi kan umai kan? Eh! Babi betul  ,lari tajuk pulak.

Ni pertama kali dalam koleksi rak buku, aku selit buku dari syarikat Lejen Press.
Sebelum ni dah ada Fixi tajuk Mental dan Murtad.
Cubaan pertama kali yang bagi aku berjaya untuk buatkan aku letak buku ni dekat koleksi tingkat tinggi dekat rak buku dalam bilik.
Sebelum ni memang aku dah lama kumpul novel dari darjah 5 dan hasilnya sekarang aku sudah ada lebih 400 buah koleksi novel.
Bili fikir balik, kalau 400 aku darab kasar rambang dengan rm 30.00 sebenarnya tambah tolak aku lah watak utama dalam lagu awi rafael Kalau Aku Kaya hahaha.
Pelaburan yang banyak aku hentam dekat buku. Tapi tak apa, walau bacaan paling lama ambil masa 5 ke 6 hari paling busuk, tak apa. Sebab kandungan cerita memang resap ke otak dan bawa aku ke dunia lain :)





Bercinta di baik api babi, aku kira tajuknya dah sangat berani.Apatah lagi jalan penceritaanya.
Aku ambil buku ni masa tangan sasau nak pilih buku. Masa tu harga kombo 3 buku bayar Rm50.00
Aku rasa berbaloi. Dan dalam tengah buat pilihan, dua biji mata aku terkam kulit muka buku ni.
Sebab apa? Sebab ada terang terang besar gedabak bak hangg tulisan babi! haha.
Siapa yang rare sangat ni guna nama babi tanpa bayar royalti dekat keluarga babi untuk kulit muka depan karya dia? pergh!

Aku terus sambar tak ragu ragu sebab aku memang hari hari sebut nama babi. So bila ada buku nama babi, aku kira ni peluang aku ni nak buat pencarutan berganda. Ready? haha.Alasan ni memang lawak hambar.

Pertama,  Aku boleh sebut babi banyak kali tanpa perlu ada sebab musabab yang kukuh.
Biasanya sebelum ni kalau nak cakap babi, mesti membabikan kawan je.Tu pun babikan dia dalam diam diam sebut 'eh babi lah budak ni..' sambi bisik slow slow pandang mata dia senyum. Dia pun balas senyum kau ikhlas walaupun dia dibabikan. Banyak benda sekeliling yang aku suka babikan sebenarnya,

Kedua, aku kurius nak tahu kenapa dalam banyak banyak binatang, mr pinky oink oink ni yang jadi pilihan?
Kenapa bukan Bercinta di balik api Tenuk? Cipan? Beruk? Kucing? atau Buaya Tembaga? Kenapa ? Kenapa? Kenapa?

Ketiga, aku nak cabar diri aku kot kot lah isi novel ni cerita tentang kehidupan babi bagaimana. Cara hidup binatang ni, cara babi mengawan, cara babi menyusukan anak, apa yang babi makan atau kenapa tauke babi kaya? Boleh lah aku feeling menerjah ke alam haiwan tanpa perlu rujuk Animal Planet chanel.

Keempat buat santapan mata bagi terkejut. Dekat 400 novel aku yang bertindan atas rak tu, semua tajuk bukan main sentap gelisah jiwang tahap hati kalau kena lenyek dengan tayar pun tak rasa sakit cinta punya pasal. Ombak rindu, sentuhan kalbu, Andai itu takdirnya, lafazkan kalimah cintamu, kau yang satu, seredup kasihmu, pelangi cinta, kabus cinta, 7 hari mencitaimu, i loye you mr arrogant, suami aku ustaz, jodoh itu milik kita dan bla bla bla semua tajuk yang boleh buat abang rockers muntah hijau.
So bila belek belek buku yang semua stok jiwang karat, tiba tiba jari kau terpegang buku bertajuk babi.
Mesti emosi masa tu macam rasa nak hentak kepala dekat rak tu kan? Sebab tajuk dia puaka sangat haha.



Sinopsis buku ni, jujur aku kata memang kategori sampah. Sinopsis dia bila baca memang tak ada nafsu langsung nak selak isi dalam. Terus kena dengan pepatah manusia rambut warna bulu jagung 'dont judge a book by its cover'. Sinopsis ringkas gila lepas tu bubuh nama Leman, Azmi dengan Pauziah.
Masa aku mula mula detect nama watak depan abang jual buku tu, muka aku terus berkerut. Babi betul lah.. nama heroin dengan hero kampung gila.

Tapi bila satu ayat yang aku jumpa, 'anak luar nikah'
Aku terus grab.Terus bayar. Sebab aku rasa tema cerita ni berat.
Macam mana buku ni ceritakan tentang anak luar nikah yang dianggap macam babi.

Selak punya selak, aku baca buku ni lepas hbs baca buku Psiko.
Aku beli buku Psiko sebab aku rasa tajuk tu adalah aku. haha.
Humaira memang psiko aku kadang kadang. So aku beli.
Baca buku ni, totally aku kata ayat dia lucah tahap kaw kaw. Kalau kau tak biasa jeling porno, kau akan rasa buku ni menyesatkan jiwa. Tapi macam aku, yang dah biasa jeling kelip kelip mata aku rasa buku ni celaka juga haha. Menarik :D
Bila isu di ranjang dipaparkan secara ganas macam mana lepas bersenggama haram orang tu dibunuh dan dibunuh. Sambil baca rasa sakit ngilu double senak haha.
Tak caya cuba baca helaian ni. Baca! Baca! Baca!


Okay stop tentang psiko sebab tak ramai yang gemarkan isu lucah sebagai santapan minda dan jiwa ya. ya ya ya.
Buku Bercinta di balik api babi ni, aku baca dalam tempoh sehari setengah. Baca bab pertama kedua terus rasa nak habiskan.Serius , bila kau selak helaian demi helaian yang tulis nombor bab ada gambar babi gemuk tengah menanduk . Bila kena tanduk macam tu, mesti lagi laju kau nak habiskan haha.

Masa baca emosi memang bercampur baur. Kalau novel Takdir itu milik aku , aku baca teresak menangis sampai air hingus turun naik, novel babi ni aku baca dalam emosi tak tentu arah, Sekejap terkejut marah bengang stim dan terkesima hikhik

Macam mana dalam novel tu, dia menggambarkan sifat manusia yang berwatak dan bermacam macam. Bezanya cuma ,sama ada kau punya hati atau tak sebagai manusia yang diberi akal untuk berfikir. Itu yang membezakan kau dengan babi.

Nahh ni antara pecahan yang aku cubit cubit kecil dan hidangkan :)

Ustaz yang berkopiah mengajar ilmu Allah berzina dengan pelacur. Kerana nafsu dan niat nak mencuba, dia kalah dengan godaan nafsu perempuan.
Perempuan yang sepatutya Allah cipta dalam martabat tertinggi memilih untuk jadi pelacur melayan ramai lelaki di ranjang sampai melahirkan anak luar nikah.
Ibu yang melahirkan yang Allah kata berkatnya bila ibu melahirkan satu nyawa dari rahimnya, menyebut perkataan babi kepada anaknya bila keluar sahaja anaknya dari pintu rahimnya.
Remaja yang bergelar anak luar nikah yang mencari identiti hidup dan mencari Allah dan dalam masa sepanjang pencariannya, nama babi tidak pernah hilang dari pendengarannya.Kau babi kau anak babi kau anak haram itu doa masyarakat sekeliling.
Anak yang melihat ibunya bergelumang dosa bersetubuh dengan bukan ajnabi di depan mata dia sendiri.
Ikatan adik beradik kandung yang sama darah seibu sebapa saling mencari keseronokan hingga bersetubuh sumbang mahram sampaikan si perempuan mengandungkan anak haram. Benih dari seorang abang kepada adik.
Lelaki yang memilih untuk menjadi perempuan hingga menukar jantina kepada perempuan. Tapi pembentukan dirinya lebih binatang daripada babi.
Kuasa dan takhta dijadikan kunci utama dalam hidup sampaikan sanggup mensyirikkan yang satu. Minta tolong pada iblis sampaikan darah kotor dikangkang 7 botol diberi makan kepada penjaga diri.
Rumit dan berat jalan cerita dia Tapi senang faham.

Banyak watak ,ramai manusia bertopeng yang berbeza niat dan tujuan dikumpulkan dalam satu jalan cerita yang penuh pengisian.Novel ni bukan cebisan cerita kecil kecil tapi, ini adalah satu cerita besar dan hanya ada satu jalan cerita.

Tu sedikit sebanyak cerita dalam novel ni. Sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan realiti sebenar jalan cerita novel ni.Best gila bak hanggg. Lepas hbs baca dahi kekal berkerut.
Dalam kerutan tu lah aku cermin diri aku :)

Manusia suka nak menghina tapi bukan hendak membina, Manusia suka nak mengutuk tapi tidak pernah mahu membentuk. Sebab semua bernyawa cuma untuk hati sendiri tak pernah mahu tolong sama sama berdiri. Dek kerana nak nampak baik sempurna, sanggup bertopeng berlagak suci macam tak pernah tahu apa itu dosa. Permainan macam ni, aku dah banyak nampak. Jelak mata nak terus tengok :)
Hati kalau dah busuk, kunci sekandang dengan babi. Tak akan hilang bau busuk tu.
Jangam disamak kalau hati sendiri kata tak nak.
Prejudi lagi. Hentak kepala dekat skrin laptop.

Aku bagi 5 bintang dari berbintang bintang. Sepanjang baca novel ni memang hati menggila berdebar bila dia masuk bab tok dukun bomoh bersaka. Aku rasa masa aku baca ada orang perhatikan aku haha. Terus tak tutup lampu tidur malam.haha. Ayat dia memang santai. Memang semua buku Lejen dan Fixi guna ayat sampah santai macam cakap cakap kosong kita dengan member sebelah. Bahasa novel ni tak seberat bahasa yang Humaira selalu guna pakai hehe.


Buku ni bawa aku berfikir dimensi yang baru. Semua tentang kita. Kita sebagai manusia. Apa yang kita mahu, apa yang membezakan nilai khalifah dalam diri kita berbanding haiwan yang tidak tahu apa apa.
Ahamdulillah atas ilmu yang baru. Buku ni bukan buku motivasi jauh sekali buku dakhwah. Tapi bila di muka surat terakhir selepas mata aku bercumbu dengan perkataan tamat, aku tahu yang buku ni sebenarnya bermesej.Sesuai untuk mereka yang rasakan mereka manusia dan bukan babi. Pokoknya, sama ada mampu kau faham atau tidak.
Bukan incidous atau conjuring je yang buat aku kerut dahi sebab ending buat aku tertanya tanya. Rupanya buku ni lagi berganda soalan bila dah habis baca. Soalan yang cuma diri aku je ada jawapan. Sama juga dengan kau yang membaca :)

Pengakuan jujur, lepas terbangkan rm50 aku menggagau fikir jalan macam mana nak suvive sebab aku dah habiskan duit belanja yang sepatutnya aku guna untuk 2 minggu dekat kolej. Tu yang cuti ni balik terus .Ada sesiapa nak ajak ngedate dokk? Mohe lah kitee. I tengah cuti ni mihmih



Muka tutup terakhr, kalau hidup ni penuh dengan manusia yang suka mencela sampai lupa celaka, kita sama sama akan terus alpa sebab suka untuk mengata dia dan dia.Suka mengutuk tapi tak langsung mahu membentuk.
Itu dan ini semua dijadikan isu. Bercakap hal orang sampai lupa kain terselak  bogel telanjang dah tak rasa malu.  kau tengok dia.Dia tengok awak.kita tengok saya. Kami tengok aku. Semua bercakap deras gah berdekah, air ludah busuk terpercik ke muka sendiri cukup untuk buat air mandi badan bagi cuci dosa satu satu.Semua tu adalah kita.
Kita sebagai manusia tak pernah sempurna di mata orang sebab kita tak pernah nak faham bulatnya dunia ni.Kita sendiri tak pernah faham kesempuranaan sebenar di mata sang pencipta. Kita adalah sama, bezanya macam mana kita mampat padatkan akal untuk sumbat  ilmu berguna sebagai bekal di sini dan di sana nanti.
Kau dongak, kau nampak langit. Aku juga dongak sama nampak langit.
Kau tunduk kau nampak tanah. Aku juga tunduk sama nampak tanah.
Kau dengan aku berbumbungkan langit yang sama. Kau dengan aku memijak tanah yang serupa.
Bezanya kuat mana kita boleh terus berdiri bawah langit atas tanah dengan amalan yang kita ada.

Dosa atau pahala?
Haram atau halal?
Babi atau kau?
Kau atau babi?


Terima kasih AZWAR KAMARUZAMAN.
Moga jari terus lincah mengepit pena hikmat.

Lepas ni terserempak dengan pena lejen atau fixi, memang gua sambar tak cakap banyak.
Assalamualaikum :)


Dari suara jatuh ke hati.Dengarkan saya, boleh?

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ni kena giat menaip sikit bagi
'penerangan supaya dapat pancing undi anda anda semua'

Masa ni lah nak guna ayat manis dan meratap sembah merayu menyeru pakwe pakwe dan awik awik sekalian untuk bagi sokongan dekat Umai!
Meyh sini meyh. Mari dekat sila rapat jangan malu jangan segan. Sebab Umai nak ajak berkawan ni. Nak nak nak?

Tadddaaa!
CHIT CHAT BLOGGER di UMALAYA RADIO.
AHAD 17.11.2013 JAM 4.00PM - 6.00 PM

baca nama segmen sekali imbas, lepas tu hantuk muka depan cermin. Itu reaksi pertama .








Kalau orang feymes macam Fatin liyana, Dina Bahrin, Fyn Jamal atau sebagainya, letak je gambar macam ni beribu juta followers terkejut dan teruja tanya 'Bila ni bila ni bila ni' cakap 'Tak sabar nyaaaa nak dengar' lepas tu main tag tag nama jiran tetangga. Orang feymes hebat beraura macam gini tak perlu jadi macam Umai bangun tengah malam bersengkang mata taip entry panjang panjang nak ajak kawan kawan dengar. Sobs.. sadisnya diri ini.
Kalau sifu sifu blogger ni ha, letak je gambar macam ni semua pakat tunggu dah faham. Si blogger feymes bakal ke udara. Wajib dengar! Wajib. Kalau Umai? krik krik krik.

Meyh sini bandingkan dengan kita ni haa. Yang lahir sebagai rakyat jelata biasa post gambar ni, semua pakat jeling tak sudi. Entah entah bukan jeling, klik pun tak nak. Lepas tu kalau dah klik baca pun tak nak. Bila baca tak nak, entry ni keluar dekat timeline buat tak tahu je. Apa prejudis sangat kepala otak kau ni, migha haha.

Macam ni, sebabkan masa susah baru ingat orang, so kenalah umai taip satu persatu apa sebenarnya yang jadi. Membebel panjang lebar isi ontang pun tak guna.
Mari sini, jujur lah jujur ahad ni Umai perlukan jasa baik ada yang macho lagi handsome gagah perkasa cantik manis molek untuk dengar siaran Umai pada Ahad bersamaa 16,11.2013 dekat radio Universiti ni haaa. Nah, kalau tak percaya tengok ni. nah.
percaya dah? haaah! gelak lah .. tak apa boleh gelak.lampu hijau untuk anda :P





 Orang kata, bakal ke udara lah kononya. Celah mana nak ke udara entah, bukan main perasan diva lagi nak sebut bakal ke udara. haha. Atau dalam erti kata yang lain lagi sedap nak bagi tampar muka ni haa, entry ni sebenarnya nakjual diri. Kau tahu? Hah! Faham dah kan?

Pelish lah pelish lah tolong kita. Tolong dengar je. Klik je dekat arahan yang kita bagi ni, picit enter lepas tu kalau nak biar kita cakap sorang sorang macam orang gila pun tak apa. haha. DEAL?

Atau kalau ada sikap perikemanusiaan, bagilah sokongan sikit dekat Universiti Malaya punya radio yang bariu ditubuhkan tahu ni. Kalau tak, sia sia je Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin datang rasmikan radio Umalaya ni khonnn?
dah kata UM universiti yang terbaik terbagus semua ter ter dalam malaysia ni khooon? Tunjuklah support sikit hikhik. Sebenarnya, radio ni baru je diberanakkan pada tahun ni. Masih baru fresh lagi. Kalau sesiapa yang baru menangis dekat hot fm sebab FBI undur diri, apa kata ahad nanti petang petang tu pukul 4 sampai 6 dengar Umai membebel. Kot kot boleh jadi gila hantuk kepala dengar percakapan tanpa isi saya .

Ada 2 cara nak dengar radio ni atau nak dengar suara Umai pada Ahad nanti :p
WEB UM dan WINAMP
Pertama, engkau orang manfaatkan lah gajet canggih tu hah. Berandroid bagai katanya.

1. Pergi playstore download WINAMP .install.


2.Click winamp and tekan kepada SHOUTCAST


3. Nampak box search, taip UMALAYA tekan search.


4. Keluar lah satu dalam sejuta radio yang nama UMALAYA.tekan.


5.Buffering lama sikit, mohon sabar.


6. Dah boleh dengar secara live ahad 4pm-6pm 17112013


8. Terima kasih daun keladi, saya heppy sebab pentingkan diri awak pula tambah berseri dengar radio kami.haha!


Kedua, guna aplikasi talian internet melalui laptop atau komputer. Amboi! Puaka bunyi bila ayat ICt dibakukan haha.
Pakai lah google atau yahoo atau monzilla dan sebagainya.
Pergi dekat search, taip Umalaya radio atau myUM.
Nahh, sebab nak mengampu , Umai bagi link terus. Klik je. Okay? Okay?
http://myum.um.edu.my/


Tak sudi jugak?
ada lagi cara ketiga yang main kasar bunyinya.

Cara mudah nak tunjuk support yang fake lagi durjana senang je, meyh sini akak Umai ajar.

1. Klik enter lepas tu tak sampai 2 saat pangkah balik. Tutup. btw, jangan lah 2 saat sangat. Apa kejam benar awak ni .Nampak sungguh terpaksa haha
2. Klik enter lepas tu biarkan siaran tu berjalan tapi tutup lah volume. Bagi volume speaker tu tahap kosong macam tak dengar apa apa. Kira halal lah atleast kau click juga, ye dak?
3. Klik enter pada akhir akhir siaran. Umai akan masuk konti jam 4 petang sampai 6 petang. Haaa set jam, masa pukul 5.50 tu bukak lah radio ni. Dengar masa hujung hujung. Kalau dapat dengar suara Umai sebut terima kasih bye bye tu pun dah kira banyak jasa kalian
4. Klik enter lepas tu jalanilah aktiviti harian macam biasa. Pergi main bola sepak, stalk bf orang, usha abang ketak, mengata muka perempuan lain, tengok artis atau keluar berjalan jalan macam tak ada apa. Tapi biar je web radio ni on, kasi Umai cakap sorang sorang tak ada pendengar. Barulah betul ke udara. Udara je yang dengar kau membebel dik.

Apa tujuan penerangan panjang lebar ni sebenarnya?
Jawapnnya mudah! Nak bagi ranking sendiri naik. HAHAHA.
Jujur kan? nampak tak permainan dia?
okay yang ni tipu je. serius tipu.
Nak rasa masuk konti.Macam mana bercakap dalam konti :D

nah click ni lagi. tak pun mu gie search lah bohh.


Twitter : https://twitter.com/HumairaAzizul


facebook : https://www.facebook.com/humaira.azizul



Kalau ikutkan hati yang kalut menggelabah ni, nak je pergi dekat inbox sorang sorang kawan fesbuk yang seramai 3010 orang, kemudian say hye lepas tu minta sokongan supaya support Umai pada Ahad nanti dari jam 4pm sampai 6pm bersamaan tarikh 17.11.2013 nanti :D
Barulah masa tu ada sitilah kawan bila susah. Bila nak puaskan tekak sendiri mula lah cari kawan. Lepas tu tak segan silu mengaku semua yang dalam fesbuk tu sebagai kawan karib. hampir 99 plus plus msg tak dibuka. Hanya dijeling.

Maaf atas kekhilafan ini. Mohon kenal saya dulu melalui suara, kalau tak suka. Lepas ni mesti kalian ada rasa penyesalan sebab hari hari tak putus asa tegur hye hye hye hye hye hye dekat saya :')
terharu.mihahaha!

Okay berbalik kepada peribadi tegang, nama segmen ni Chit chat blogger.
Blogger? Nak gelak pun ada bila macam mana nama humaira boleh segedabak keluar dalam segmen ni haha,
Kenapa aku dengan benak otak boleh kata ya untuk segmen radio ini?
Aku tidak mencari, jauh sekali mencanang diri. Mungkin aturan yang Maha Mengetahui, tawaran dari pihak radio aku terima. Dan prosesnya mudah. Aku kata ya walaupun sebenarnya hati ragu ragu.

Masih hijau dalam teknologi ni. Sebenarnya bukan blogger pun. Tak ada entry yang berdakwah, memotivasikan, perkongsian ilmu atau penghayatan kebaikan. Coretan di blog sekadar melalui pendapat sendiri, apa yang mata lihat telinga dengar mulut cakap dan hati berkata, aku tulis dalam ini. Sebab, sudah aku cop tampalkan surat beranak dalam blog ini yang tempat ini adalahdiari terbuka aku.
Ruang peribadi yang aku buka luas untuk orang yang sudi untuk mengenali siapa aku.

Dalam ruang ini, aku tidak berlakon baik. Aku tak cuba tunjuk pandai. Aku bukan pendakwah macam mereka yang tarik orang sekeliling untuk berfikir di luar kotak mencabar alam.Aku jadi diri aku. Sebab? Aku belum di tahap itu. Ruang ini aku cipta untuk mereka tahu dan faham apa yang tersirat aku cuba bawa adalah

'kanvas putih ini sebenarnya boleh jadi kawan karib kau, yang faham isi hati kau. Sebab bila mata kau bertentang dengan ruang kosong dan jari kau mula menari atas papan kekunci, kau akan tanpa sedar menaip apa sahaja yang kau mahu. Ya. apa sahaja dalam hati kau yang sebenarnya tak mampu kau ucap bila kau berdepan dengan realiti manusia di depan mata kau. Kanvas ruang blogger ini sebenarnya tempat ilham diri kau yang bawa kau kepada pantulan bayang bayang ini adalah hidup kau. Cara lontaran suara bisu yang kau taip, itu adalah diri kau yang satu lagi. :)'

Tapi inshaallah. Jika panjang usia blog ini, perubahan itu akan ada. Dari menaip isi sampah fikirkan diri sendiri sahaja, mungkin satu hari nanti aku akan menulis sesuatu yang lebih berisi. Yang ada manfaat boleh dikenang sampai ke hujungnya. Aku juga manusia macam kalian, hidup dalam dunia yang ada pasang surut dan aku juga akan terus belajar. Belajar untuk jadi seorang yang boleh bagi manfaat pada orang waalupun kita tak pernah tahu dan faham kau siapa dan aku siapa.
Tapi tak apalah, janji usaha dah ada untuk mempromosi. Sekarang ikhtiar dan tawakal. hehe. Serius pulak bunyinya.Mohon lepas habis ni, sebarang umpat keji kata makian boleh dibuat direct ke dalam msg. Teguran membina aku etrima, teguran celaka aku ketawa. semua ang orang lontarkan, aku ambil.Inshaalla :)

 Twitter Umalaya Radio :
https://twitter.com/UMalayaRadio


Mereka kata, bawa sahaja mana mana pelajar yang lain dari yang lain ada bakat.
Sudahnya, ahad nanti kita berjumpa di ruang udara tanpa perlu bertentang mata.
Cukup sekadar mendengar, aku hargai dan dari suara jatuh ke hati.
Pasti :)





Save the date 16 SEPT 2013
on SUNDAY 4PM UNTIL 6PM.

Assalamualaikum.

A.M

$
0
0


Pondok usang beratapkan langit
ditengah malam gelita
Bercahaya hanya lah bintang bintang
Selimut kita angin malam.

Malam ini,
sudah banyak kali aku menjenguk siapa dia.
Dia yang ditarik awal oleh sang pencipta
sebab aku percaya, orang yang allah sayang, allah akan ambil awal
untuk bertemu bidadari di syurga untuk merasai segala nikmat tiada tara.

Dia yang aku kata,
dunia luas ini tidak kenal pun siapa dia.
Mata bangsa hari ini tidak tahu pun siapa dia
Dua tangan yang selalu menjulang yang hebat hebat
tidak tahu pun dia wujud dan sudah banyak berhikmat

Kebaikan yang dia buat, atas kehendak dia sendiri,
mahu berkelana di atas bumi
hanya untuk lari dari zon yang selesa ini
tujuannya antara hisup dan mati
antara waras dan emosi
dia pilih untuk lalu di lorong yang bercahaya putih itu,
jalannya terang hingga membawa dia bertemu pemiliknya nyawanya
yang satu.

katanya, dia mahu syahid.
Syahid yang menjadi urusan antara dia dengan pemilik alam ini,
dan pada detik buku baru dibuka
pada hari pertama segala kebaikan di angkat
segala noda di buang
dia dapat apa yang hati dia mahu
syahid yang indah matinya di sisi allah.

Memang benar,
urusan syahid atau pun mati dalam kekufuran
itu allah yang tentukan.
Siapa kita untuk pertikaikan dan hakimi bahawa dia mati dalam keadaan terbaik?

tapi pusing dan lihat.
cuba selami dan tunduk,Dalam usia yang sekarang, sudah berapa banyak keringat yang kita tabur untuk agama sendiri?
Kita bukan macam dia.
Dia yang terpilih untuk diletakkan dalam pilihan hamba yang terbaik
dan dia juga memilih untuk menjadi kekasih terbaik
dan dia dapat apa yang dia mahu.

Aku tidak kenal siapa dia.
mahupun pernah bertentang 4 mata dengan dia.
atau bercakap dari dua ulas bicara bibir
apatah lagi bergelak ketawa bersama

cuma yang aku tahu,
perginya dia meningalkan kesan dalam diri aku.
Dia dan aku dalam umur yang sama
tapi langkah kakinya sudah jauh meneroka ilmu alam yang tak berkesudahan.
dan tamatnya perjalanan dia, dia berehat di pusara paling abadi
bersemadi di tanah turki
satu satunya rumpun bangsa yang berjiran dengan pejuang agama
syahid atas nama allah dalam jiwa islam

Ahmad Ammar, al fatihah.


Sesi tenung mata ke mata bersama Banduan Penjara Marang, Terengganu

$
0
0

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Salam Satu Malaysia
Salam satu Malaysia.
Salam satu malaysia.
Bila barang naik harga ni, rasa nak sebut salam satu malaysia banyak banyak kali.

Okay kali ni nak cerita tentang lawatan ke Penjara Marang Terengganu. Lawatan dengar nama macam comel je, buat lawatan jengah jengah orang jumpa main lambai tangan kan. Itu namanya lawatan, tapi sebenarnya ni bukan kes melawat tapi kes duduk setentang berdepan dengan banduan penjara. Haaaa seram dan ganas kan bunyinya? Memang itu lah yang kami buat masa dekat sana sebagai pendedahan kepada bakal bakal kaunselor. Lagi 4 tahu nak grad Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya.
Apahal lama sangat weh?
Semua mengembleng tenaga sampai ke akar umbi sama sama jayakan projek Bawah subjek Pikologi Sosial sebab kalau projek ni bejaya 20% buta buta dalam tangan. Siapa nak bagi 20% percuma weh?
Orang nak dapat saham 20% pun terpaksa jual macam macam produk kaching nak duit banyak! haha. apatah lagi ini perihal markah exam final.
Thanks babah :)




Berbekalkan keazaman dan keberanian yang utuh, projek ni berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Tapi masuk dalam penjara sehari je, sebenarnya sebab nak realisasikan projek perjalanan membina insaniah. Nama bukan main berilmiah dan glamour lagi. Membina insaniah, moga moga sebelum nak mebina orang lain aku dah terbina dengan lengkap dulu lah ahaha.
Pilihan tema dan baju apa bagai sekali dengan logo, memang aku dengan budak kelas tak tahu menahu apa apa. Tengok tengok je lect dah tempah buat baju dan dah tetapkan oranje sebagai warna tema. Katanya warna oranje bright dalam gelap. Oranje kira okay lah, tak ada tahap kerut dahi lagi tapi kalau warna kuning neon haa memang boleh buat gaduh lah. Kalau aku yang kulit tak berapa nak flawless gebu sarung warna kuning menyala memang boleh buat replika letak sebelah batu caves.
Oranjepilihan yang tepat, sebab kebetulan dekat UM ni baru pilihanraya. Pro mahasiswa menang besar dengan tema oranje nya, maka tak ada lah segan benar rasa canggung nak pakai oranje di sekitar kawasan Um ahaha.
Paling koman boleh sarung baju ni jalan jalan dekat KPS sambil kembangkan hidung.

shittas! baru perasan gambar aku yang lawa tak banyak dalam camera.





Inilah adalah pensyarah kesayangan ramai. hikhik
 Dr Razak aka babah siap buat permainan pecah otak lagi pasal tema baju ni. Dia kata, siapa yang boleh bagi maksud yang tepat tentang logo yang dia buat ni, akan dapat markah bonus untuk exam.
Maka berpusu pusu lah semua menjawab dan bagi jawapan, walaupun lain macam versi jawapan yang dibaginya Tapi mostly menjawab dengan mata nafsu je nak markah, jawapan semua tahap geli tekak macam berpuitis benar termasuklah aku :D
Satu gambar muka robot beku ni boleh sampai berjuta patah perkataan yang ditaip.


Macam aku lah, Kemain menjawab deras bukak kamus sanskrit nak bagi ayat nampak sedap dan berselirat makna, tapi sampah haha.
Tak kisah lah, janji baju ni boleh disarung dan nampak macam sepasukan atlet bergerak memburu pingat emas sampai Terengganu. Bukan main lagi tau. Nike originalatte lagi tau.

Kitaorang bertolak pagi 17 dec dan akan masuk penjara pada 18 dec seterusnya hari ke tiga tu sesi cuti cuti mata di Terengganu. Bagi budak keyyeel macam aku ni, kalau dah ada sesi pusing ke Terengganu memang tak sennag duduk lah dibuatnya. Terus emosi jadi tak terkawal walapun bila nampak lembu ragut rumput tepi kawasan rumah orang. Macam sawan menjerit bila fikir macam mana lembu boleh berkawan baik dengan manusia tanpa membuat sebarang onar? Bukankah itu satu pemandangan yang mengagumkan? Dekat sini semua lembu aku tengok dah kejung mati, tapi dekat Terengganu lembu boleh bersantai silang kaki depan perkarangan rumah orang. Ouh! Pls lah abang ganu, kahwengg dengang kiteng.

Hari pertama tak ada apa yang berlaku sangat lah. Sebab 8 jam memerap dalam bus, tak kematu aset mantap dekat badan duduk tak bergerak? haha. So kalau tak nak lari tajuk dengan cerita bidaah boleh lah aku terus menaip ke klimaks jalan cerita banduan. Kang termengata pulak makan dekat restoran apa ke benda, mihun sup dia rasa mcm membunuh halkom. Tak tertelan saya dibuatnya. Tak sedap :(




Dah sampai dah!!




Malam tu berbincang kejap apa yang kena buat. Apa yang tak patut buat untuk esok.
Sambil bincang sambil fikir soalan nak tanya apa esok. Yelah, orang kata sediakan payung sebelum hujan. Tak kan nak masuk tentang mata dalam dalam sambil tanya,'Dah lama buat kerja macam ni bang? Haaa. Kan dah kena tangkap. Rasa apa? Oren? '
hikopritos sangat tawww haha

Kami dibahagikan dalam 3 kumpulan. Satu kumpulan cincai cincai 10 orang dapatlah 5 orang banduan untuk ditemu ramah.
Sebenarnya ni segmen Sentuhan Kasih, macam mana di dalam pertemuan ni, aku diajar untuk berkomunikasi dengan orang secara bertika. Kiranya, macam satu ruang baru yang mendedahkan bila jumpa klien nanti, apa yang kita akan buat, apa yang kita akan tanya dan bualkan sampai klien yag kita tak kenal tu rasa selesa rasa percaya dan rasa selamat untuk menceritakan semua masalah dan jalan cerita hidupnya :)

Dalam kes dengan banduan ni, sebabkan bukan macam dalam ruang peribadi sendiri dan open air sangat tempat dia, kitaorang kena belajar dan adaptasikan teknik soalan terbuka. Soalan yang tidak mengikat orang yang hendak menjawab dengan jawapan terhad.
Haaa mula dah penerangan keling kan haha. So aku bagi contoh simple lah.

Kalau soalan tertutup, jawapan dia terhad sekadar ya atau tidak.
Contoh soalan aku tanya dekat kau, 'Aku sebenarnya cantik. Kau rasa aku ni cantik tak? Cantik kan? kan kan? Cantik kan?'
So korang kena jawab, 'ya kau cantik atau tak, kau tak cantik.' sahaja. Tapi persoalannya di sini, siapa je yang berani menidakkan kecantikan aku? Hahahaha. K, tak lawak.
Jenis soalan terbuka pulak, daripada soalan ,orang tu bebas menjawab apa sahaja. Tak termaktub dengan yang hidup atau yang mati. Kalau dia nak kata gajah warna pink pun tak salah dan tak patut pun kalau dia kata gajah 8 kaki, dia kena lempang haha.
Contoh soalan,'Kau rasa aku ni macam mana? Apa pendapat kau tentang aku?'
So lantak dia lah kalau dia nak jawab, 'aku rasa kau ni manis sangat. sebab aku dah rasa kau aku rasa kau ni masin pahit maung dan hangit apa apa je lah' . Atau dia bebas menjawab, pendapat dia tentang aku. Baik Comel Manis ayu lembut peramah atau sebagainya. Choyyy kau Umai! Contoh nak baik baik belaka haha.


Masa bincang ni, lagi banyak main dari berbincang. Sebab semua dalam kondisi yang tak memberangsangkan. Badan sehari suntuk tak mandi dan melekit. Dalam keadaan jiwa tak tenteram macam ni, memang bantal menjadi nikmat dunia yang paling Ohsem!













Dah sampai ke klimaks cerita.
Ni je haa cerita asal dia sebenarnya haha

Konsep pada hari berjumpa banduan adalah, 'LAGI KAU BURUK,LAGI BAGUS. LAGI KAU SELEKEH LAGI SELAMAT'

Contohnya ada di sini, iolss lah kalau bukan siapa lagi. Kemain bila berhijab sampai isu kecantikan semulajadi dilupakan terus, haha.
Bila tengok balik gambar hasil tangkapan terus macam eeuwwwwww macam ni hang rupanya pada hari tersebut
Ini aku kah wehh?wuwuwuwu.
Umai wajar paling terencat. Yeayy!




terpancar nur muselimahh taw.

Nampak seram tak konsep dia?haha. tapi itulah realitinya di sana masa nak jumpa banduan penjara sebab aku diberitahu dalam tu ada yang 10 tahun 20 tahun tak jumpa perempuan atau lebih seram lagi tak disajikan dengan keindahan dan kecantikan perempuan haha. Sebab penempatan banduan penjara marang ini semuanya lelaki. Tak ada perempuan.
So sebab kan kelas aku ramai perempuan sekitar 30 orang, jenuh lect nak jaga sorang sorang jadi kami dinasihatkan supaya pada hari kejadian marilah kita menjadi selekeh secara berjemaah agar keberkatan tu diraih bersama haha.
Tudung kena hitam biar nampak kusam je lepas tu baju jangan ketat dan muka dilarang sama sekali bersolek seperti opera cina. Kalau boleh, bangun pagi muka pun jangan basuh. Gosok gigi je. Kalau boleh tudung pun jangan gosok, biar berkedut sejuta biar anak tudung pakai sampai tutup suku mata. ahaha. ceh ni tipu je. Kalau selekeh sangat mcm tu, dah tak nampak mcm kunjungan pelajar UM cerdik pandai dah, tapi nampak mcm kunjungan ahli ahli tanjung rambutan.

Kunjungan kitaorang di sambut ceria dan mesra alam oleh pihak pegawai penjara. Tuan Nazarul. Bagus orangnya, sporting dan mesra dan menyelesakan . Hati yang mula mula seram sejuk masuk penjara, tapi bila berdepan dengan tuan ni, hilang masalah jiwa bhahaha.
Tuan Nazarul ni dia pesan jaga diri, jaga keselematan dan jaga peradaban sebab kami sebenarnya akan melangkah masuk dalam satu dunia yang lain. Dunia mereka tak sama dengan dunia kita.
Macam mana, mereka sebenarnya di luarnya nampak sempurna fizikal, sihat dan cergas tubuh badan. Tapi secara psikologinya, orang orang macam mereka sedang sakit dalam jiwa dan mental.
Masa dengar penjelasan Tuan Nazarul ni, mulut iolls melopong tau. haha. Macam oooooooooooooooo...
Kagum dan gementar berebut rebut nak tangkap otak masa ni.



Secara peribadinya, masa masuk penjara aku pun ada lah bermonolog, banduan Malaysia ni sama ke mcm banduan dekat luar negara? Kan dalam movie Escape Plan, Prison Break bagai lah dengan selamber dorang ketengahkan kisah banduan buat strategi nak lari dari penjara. Buat risikan buat plan cipta alat dan buat rusuhan nak bebaskan diri.
Ehem! Malaysia tak de ke ganaih cenggitu?

Maka dengan itu macam terdengar je suara hati aku ni berbisik kan haha so Tuan Nazarul kata,
cuba bayangkan dari seketul sabun buku, mereka ni boleh cipta kunci yang boleh bukak pintu sel
OOOOOOOOOO kekaguman menjadi lebih besar
Lepas tu cuba bayangkan dengan hanya diberi pisang dan tepung bukan tepung ibu roti mahupun tepung mauripan, banduan ni boleh cipta sebuku kek pisang yang enak boleh diamakan secara santai dan telan dengan nikmatnya. OOOOOOOOO lagi sebab tanpa oven, tanpa telur tanpa bahan buat kek,mereka boleh hasilkan kek pisang.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.....
Ouh pls. Teach me mastah!

Lepas tu dia kata lah lagi yang, dalam bilik sel tu dengan tak ada guna penembak atau penebuk dinding, mereka boleh hasilkan tempat gantung baju gantung seluar dan melekat dengan jayanya.
Kau mampu? Nak lekat setem pun terkial kial cari gam dekat meja akak kaunter ahaha.
Kreatifnya mereka. Dan sebab terlalu kreatif mcm gini lah yang sampai langgar tahap norma masyarakat dan menjadikan sikap panjang akal ni untuk menakutkan dan mencederakan orang lain.


Masa dalam bilik dengan 5 banduan semua gelojoh nak bertanya tak menyabor nyabor terutamanya aku lah tu kan. ahaha. Maka secara jelas aku yang pada mulanya dilantik sebagai rakyat jelata telah dengan derhaka mencemar duli dan merampas takhta ketua kumpulan. -_-
Sebab bagi aku peluang cuma sekali, dah kalau ada soalan terbit dalam kepala otak, tanya je lah. Yang dok menunggu penuh snatun tu dah kenapa.Banduan tu dah terkebil kebil dah depan mata , yang kita dok tercengang nak tanya apa tanya apa. Kang silap silap hari bulan, salah takdir banduan ni yang kaunselingkan kita wuwuwuwuw.
Alhamdulillah, sesi sentuhan kasih ni berjalan lancar.
Kumpulan aku dapat 5 banduan. yang pada perkiraan aku mereka sangat responsif dan memberikan kerjasama sepanjang sesi ni. Tak adalah macam kitaorang bercakap dengan dinding yang penuh lukisan mistik hanya kaku dan menyeramkan haha.
Setiap soalan yang kami ajukan, mereka jawab dengan santai dan berniat untuk berkongsi.





Jom Touchdown sikit pasal para banduan ni sekali lalu.
Seram ni seram.

Banduan 1 - Kes pecah rumah dan dadah. Ditahan hasil laporan dari orang Felda. Dia ni dah 4 kali ditahan masuk penjara. 4 kali keluar masuk sebab kes yang sama. Secara rumusnya, dia kata sebab dadah dia jadi mcm ni. Pendidikan sekadar tingkatan 3 dan mula mengenali apa itu dadah dari usia 12 tahun. Bagi perkiraan aku, dia ni agak pasif dan macam dalam dunia khayalan. well, kau tahu lah kan bila kau bercakap dengan mat lalok. Eye contact kosong dan kita yang tengok pun jadi terhuyu hayang sama haha. Tanya dekat dia ni, ,kenapa bila dibebaskan sebanyak 4 kali lepas tu memilih untuk masuk semula,sedangkan bagi seorang banduan nikmat bebas itu lah yang dicari,
Dia jawab sebab pengaruh kawan. Katanya, kalau dia dibebaskan hari ni, kawan kawan dia dah tunggu dia depan pagar. So dia sendiri mcm tak yakin dia dapat berubah atau tak . Dan sebab kan pengaruh kawan, dia masuk ke sini masuk masuk dan masuk lagi.

Banduan 2- Kes samun berpasangan dan dadah. Dia masuk dalam penjara tapi partner dia bersuka ria halobanya masih bebas dekat luar sana sambil boleh buat tanda ibu jari bagussssss. Dia buat atas desakan nakkan dadah bila dah ketagih sangat dia menyamun orang. Nasib tak baik, dia ditahan dan tanya dekat dia, apa perasaan dia bila dia je yang ditangkap sedangkan kawan dia masih bebas dekat luar? Dia jawab dia terima ini sebagai takdir hidup dan bercita cita akan berubah untuk keluarga anak bini dan anak yang usia 6 tahun. Orangnya masih malu malu dan senyum simpul je masa berinteraksi. Bila sentuh soal anak, dia nampak berkocak sedikit dan sebak.



Banduan 3- Ini banduan yang sangat menarik mata dan pemikiran aku . Kes pecah amanah, well sekali dengar kita tahu yang kes pecah amanah bukan simple simple punya orang boleh buat. Ni kes jenayah kelas atasan dan biasanya dipelopori oleh orang yang ada jawatan kerja. Dia berpendidikan tinggi dan graduan dari UITM dalam jurusan dip perakaunan. 11 tahun bekerja di bank dan secara autoritinya dia adalah senior di tempat kerja. Orang lamo yang dah lamo kerja dan sebab kan duit, dia songlap wang syarikat. Dari cara dia duduk, dia dah menarik tumpuan aku sebab dia duduk dengan tegap dan berpeluk tubuh mendada. Ala ala big boss gitewww. Bila tanya keseluruhan, dia ni bagus. Dia menjawab dengan yakin dan tegas dan dalam percakapan dia ada ilmu.Bukan penyampaian kosong :) Dia lebih memandang tahanan dia dari konteks kerohanian. Dia rasa bersyukur dia di tahan dan duduk dalam penjara yang banyak ajar dia tentang agama dan bersihkan jiwa dia. Dia mendekatkan diri dengan tuhan dan dah ada perancangan untuk lebarkan perniagaan keluarganya. Sekarang, diuruskan oleh isterinya. Ada anak sulung umur 12 tahun dan dapat 4A dalam UPSR.



Banduan 4- Kes 'TLS' antara kes yang istimewa dan unik. TLS maksud dia Tunggu Limpahan Sultan. Dia tak ada tarikh dibebaskan melainkan dia mendapat mengampunan dari mana mana raja melayu atas kesalahan yang dia buat iaitu membunuh pada usia 15 tahun di bawah pengaruh dadah. Sepatutnya masa tu dia masih kategori bawah umur dan klasifikasikan kes juvana, tapi sebab kesalahan dia hadko sangat iaitu membunuh maka dia terus dipenjarakan dari usia 15 tahun dan sekarang lebih 12 tahun dia dalam penjara. Dia kata, dia tak nikmati masa remaja dia sebab muda muda dah masuk penjara dan punca dia jadi mcm ni sebab kan kurang kasih sayang keluarga. Datang dari latar belakang keluarga yang pincang, mak ayah bercerai masa dia kecil dan tinggal dengan mak saudara. Sebab dikongkong, geram dan dendam, maka dibunuhnya lah orang tu. Tapi dia ni ramah dan banyak cakap jugak. Orang dia kelakar walaupun aku tengok mata dia macam kena ikat batu dekat kelopak. Mata stim gila babenggg cakap kau haha



Banduan 5- Kes seksual. 2 kali ditahan atas kes yang sama. Yang ni jalan cerita yang dia bagi macam tak link haha. Dia macam cuba main detektif Konan. Suruh kami yang bongkar isu dia. Tanya dekat dia, bila dah 2 kali ditahan atas kes seksual, kes yang sama, tak ada keinginan ke untuk merancang dengan cara yang betul. Dengan cara yang halal iaitu berkahwin. Dia senyum malu je bila tanya pasal kahwin, macam kami ni datang nak meminang dia pulak. At the end dapat tahu dari pegawai, dia kes liwat. Ouhh gay rupanya. patutlah malu malu bila tanya pasal awek haha.Nafsu songsang punya hal wiwiwiwi.



Sesi kaunseling ni berjalan dalam 2 jam setengah kurang lebih lah. Tak tenung pun jam, ralit sangat tengok muka mereka ni haaa tahu tahu masa dah habis. Rata rata bila ditanya, kalau diberikan peluang untuk meminta maaf. Siapa orang pertama yang kamu akan jumpa dan mohon kemaafan?
Semua bercakap dan bagi jawapan yang sama iaitu nak minta maaf dekat ibu bapa :')
Jahat mana pun manusia, teruk mana pun orang tu mesti dalam hati dia tetap terpahat tentang mak dan ayah dia.

Selingan sikit sikit pasal banduan lain yang kumpulan lain dapat.
Ada lepasan diploma mekanikal engineering, kes dadah. Pegawai kerajaan kes curi kabel, Pak cik usia 54 tahun kes kahwin dengan budak umur 13 tahun dan ada anak sorang maka jadinya undang undang kata dia dikira merogol budak bawah umur padahal suka sama suka khonn, kes kongsi gelap bunuh orang ..haaaa ni ganas sikit tengok kepala beliau pun berbirat bertakuk takuk mcm kesan kelar, kes bunuh awek sebab jeles punya pasal, kes ilmu hitam yang membawa kepada rogol anak sendiri dan banyak lagi kes tapi yang boleh disimpulkan adalah majoriti punca adalah dadah. Dadah yang langkah pertama diambil atas tujuan mencuba dan nak merasa daripada hasutan dan pengaruh kawan kawan.
Maka mohon teleng kepala kanan dan kiri, kalau kau nampak kawan kau macam mat lalok mata macam mat ganja rabak semacam muka kuning tak ada jiwa dan perasan, mohon terajang laju laju sekarang!



Dah habis sesi sentuhan kasih yang tak berapa nak intim, kami didekatkan lagi dengan sesi slot motivasi santai. Ynag ni baba yang handle. Slot ni kurang lebih macam sukaneka tak berapa nak berpeluh ketiaklah. Dalam dewan main secara santai je .Tapi santai santai pun jenuh nak perah otak fikir cara macam mana nak buat tu buat ni. Mula mula plan kami semua ni haa lelaki perempuan satu kelas dengan mereka ni main sekali dalam game yang dirancang, macam kutip gula gula guna chopstick, angkat cawan guna getah dengan angkat getah pakai straw. Tapi bila fikir balik keselamatan dan tengok muka cuak tak cuak kitaorang, babah batalkan. Babah kata biar mereka je yang main. Kita tengok.




Fuhh alhamdulillah. Terus boleh kentut tanpa penapis bila babah kata batal main game. Haha. Itupun masa main game, kami sebagai penyokong macam canggung gila bak hang.
Suasana macam krik krik krik, macam kau tengah tengok che ta masak pakai skirt paras betis masa potong ayam dalam master chef selebriti. haha.
Agak janggal, sebab macam nak bersorak lebih kang keluar suara pelik pelik lepas tu badan menggeliat menggelitis kang jadi lain. So masa tu dengan aku aku sekali jadi muslimah, berdiri dekat tepi tepuk tangan kaku je sambil suara bisik bisik lembut je'Cepat cepat. cepat boleh menang'muka senyum malu malu je. Posisi berdiri tak berubah pun masa bagi sokongan Kena jaga perangai, Umai hoyy haha :D




Yang ni gambar game pertama. Pulau Idaman. Kitaorang nak tengok imaginasi mereka berdasarkan lukisan tangan. Babah kata, bayangkan ada duit rm500 Juta dan ada satu pulau. Apa yang encik encik semua ni nak bina atas pulau tu?
Bagi 3 marker pen, masa tu aku nampak mereka ni lagi bernafsu pandang pen ni drpd dengar suara babah . Serius menggerunkan. Pen tu mereka genggam dan angkat, tenung sambil pusing psuingkan. Sampai babah terpaksa bagi arahan letak pen tu dulu. -,-

Secara amnya, mereka diberi masa dan lukis lah apa sahaja dan nanti kena bentangkan apa maksud lukisan mereka.
Dari segi olahan lukisan, cara gambar tu dilukis sama. Bentuk gambaran kasar kasar dan tajam tajam macam tema lagi ganas lagi bagus.
Lepas tu bila suruh bentangkan, mereka berdiri dan ada yang terangkan macam ni.
'Pulau kami tak ada polis. Yang jaga pulau ni ikan jerung. Kalau siapa datang buat kacau, nanti ikan jerung ni makan aa korang. Gigit sampai mati. Kami ni lanun so semua  ni kami punya..'
Choy! Jack Sparrow pun boleh mati keras dengar cerita ganas mereka ni haha.
Just tafsirkan secara terperinci, jiwa mereka memang lain macam dan ganas. semua benda dikaitkan dengan keganasan. Macam mana digambarkan penempatan mereka tu semua berunsurkan kegagresifan yg abnormal. Lanun lah ikan jerung lah.
Kalau boypreng i kata nak bawak per honeymoon dekat pulau ada jerung, sanggup putuskan hubungan secara membabi buta terus. Tak cakap banyak dah.






Lepas dah main game semua tu, sedar tak sedar dah nak habis pun masa kami bersama banduan.
Sedar tak sedar makin panjang aku menaip haha.
Last segmen adalah nyanyikan lagu Tema. Macam biasa, barulah tipikal Malaysia kalau bawa lagu tema Kenangan Terindah daripada Samsons kan.
Mana mana majlis kalau feeling nak menangis berjemaah, mesti nyanyi lagu kenangan terindah lepas tu air mata menderu deru keluar membasahi bumi.
Tapi kitaorang tak adalah nak menangis kan, kang dorang pelik pulak. Ni nak menangis sebak sebab perpisahan ke atau menangis air mata gembira sebab tak jumpa banduan dah? Dunia! Lihatlah aku kembali! haha.



Sepatutnya lah kan, ada iringan gitar tong. Barulah persembahan semengah and nampak senonoh sikit nyanyi ada rentak. Tapi sebab kan gitar tak boleh dibawa masuk, maka terpaksalah nyanyi secara manual.
Sebenarnya, lagu tu sedih. Sedih sebab kami nyanyi sumbang .
Banduan tu duduk depan mendongak dan sengih sengih je. Dalam hati, aku tak tahu lah apa kitaorang kena carut sebab bawa persembahan tipikal tak berjiwa macam ni.
Tapi tak apalah, alang alang dah mula sumbang habiskan dengan rentak yakin.
part korus tu aku tarik tinggi sikit. Sikit je tak banyak
Sebab kena behave perangai khonnn haha
Apatah lagi hari tu bertudung litup menutup dada dan bahu
wiwiwiwi.


Dah sebelum pintu gerbang memanggil kami keluar, kitaorang dibawa berjalan ke kilang songket.
Terjah masuk dalam kinag ni, ada kurang lebih 30 orang banduan yang tengah kendalikan kayu jahitan. Sama banyak dengan kami .Haaaa seram lagi haha
Masa dalam tu, aku sendiri tak berkesempatan nak sembang lebih pasal hal peribadi.
Aku masa tu waras pulak tanya pasal kain songket macam mak esah nak beli kain. Macam mana buat, susah tak buat, belajar macam mana nak buat songket, teknik apa guna bla bla bla
Tak sempat nak tanya,'encik masuk sini sebab apa ya?'hehe



Kiranya, dalam ni macam sekolah. Banduan ni diajar untuk memahirkan diri dalam aspek aspek teknikal macam pertukangan, songket, kelas menjahit dan kelas landskap. Mereka ni dibayar gaji sebenarnya.
Baju biru 80 sen manakala baju hijau 60 sen.
Kitaorang masuk tempat membuat songket. Mashaallah, lawa betul hasil tetunan yang mereka buat. Cantik.
ini tenunan asli tau yang guna alatan kayu susun benang. Mereka hasilkan songket ikut kreativiti dan tahap kemahiran. Design warna dan corak, adalah bebas.
Memang cantik cantik semua. Ada juga tanya pakcik sorang tu, dia kata hasil tenunan mereka ni akan dijual dan kebiasaannya songket asli mcm ni, orang orang vip dan kenamaan yang mampu milik. Anggaran harga busuk busuk pun rm500. Berdarah hidung tahu nilai harga daripada hasil tangan penghuni tirai besi.
Pandang tangan sendiri, apa je yang boleh iolss hasilkan ?haha
Tapi tak tipu wooo lawa bebenor songket mereka.
Dijual dan menembusi pasaran industri tempatan :)
Alhamdulillah.

Lepas tu keluar semula dan dan dan habis!
Im coming home im coming home haha.
Sesi lawatan kami dah habis, dari pagi hingga lah waktu lunch.
Alhamdulillah, masuk dengan 2 tangan balik pun 2 tangan. Tak ada masuk satu kepala keluar tanpa kepala haha.
Kerjasama mereka sangat sangat baik :)



Dan secara inharanya, aku belajar yang manusia punyai peluang kedua dalam hidup. Bila kita bercakap soal bekas banduan, mesti ada stigma yang akan terlintas. Mereka ni jahat, orang jahat dan mereka ni ganas. Jangan dekat sebab bahaya.
Tapi sampai bila? Sampai bila kita tegar untuk letakkan label kepada mereka sedangkan sebaik baik penilai adalah DIA yang di atas sana. Aku sendiri, sebelum masuk penjara jumpa banduan tak terfikir pun nak ambil tahu atau ambil peduli sebab mereka jahat. Kita dan mereka manusia yang sama, tapi mereka abnormal sebab sikap agresif itu adalah lebih dan terlampau. Tapi lepas jumpa, tengok sisipan mata mereka, cara mereka berinteraksi, aku faham yang mereka ini perlukan penyembuhan. Dan yang boleh sembuhkan mereka adalah kita, golongan majoriti di luar sini. Semangat, dorongan dan bagi peluang. Sokong kepada perubahan yang baik.
Kan ada orang kata, tak ada manusia suci yang tak ada masa lampau dan tak ada manusia berdosa yang tak ada masa depan.
Pilihan di tangan kita. Dan sampai hari ini, aku terbayang macam mana kehidupan seumur hidup dihabiskan dalam tirai besi. Dalam lingkungan ruang yang dipagar dengan besi berceracak tajam. Konkrit penghadang lebih tinggi dari kepala kita.
Cuba tanya, Apa ketakutan dalam hidup yang paling hitam dan menakutkan?
Jawapan dia adalah kurungan. Hidup akan mati, jasad akan mati dan jiwa akan mati bila diri kita dikurung dalam kurungan, kaki dan tangan digari dan dihalang dari bergerak bebas. Apa yang ada masa tu? Melainkan minda yang mati cuma berfikir akan kematian dan habiskan seluruh hayat di dalam penjara. Dikurung dalam tirai besi tanpa ada apa apa harapan yang meyakinkan.
Sampai sekarang bila balik,akan ada satu perasaan halus yang cuba tarik aku untuk fikir tentang mereka yang tak bernasib baik dekat dalam sana. Sebabkan tersilap langkah, ada yang sebab bukan salah mereka pun mereka ditahan dan dikurung dalam tu. Sebab, bila undang undang hasil tangan manusia mengatasi nilai kemanusian, yang benar terus dihukum tanpa ada pembelaan dan peluang semua dan yang salah terus dijulang disanjung tinggi.




Alhamdulillah untuk pengalaman ini.
Dan titipan akhir,semoga encik encik di dalam sana mendapat rahmat kehidupan yang paling tinggi dan ada jalan untuk kembali pulang ke pangkuan yang tersayang.
Dengan izin-NYA.








Syahdu punya syahdu, dah habis balik penjara. Bas rosak dan malam tu semua terdampar tepi pantai dari pukul 7 malam sampai 1 pagi. Tak ke meroyan malam tu?
Haaaa amek kaw!
Bakal diupdate kalau rajin.

Nak exam. Apa pun tak mula lagi. wiwiwiwi.





ALASAN.

$
0
0


Assalamualaikum.
Dah lama tak menaip dalam ruangan sesawang yang makin dilupakan macam tu sahaja ni ni ni :D
Semester baru dah mula, hari baru bermula dan janji yang baru pun bermula.
Assignment ringkas pertama yang diberi, untuk permulaan yang baru ini adalah dalam subjek Psikologi Pembelajaran Dr fatanah.
Dan untuk pengetahuan yang ala ala keji, kelas ini berlangsung pada hari kedua dan pada kelas pertama ini, aku dah pun ponteng kelas. Syabas, Amirah syabas! Sebab apa ponteng? Sebab main dengan konsep alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang lambat, biar ponteng terus.wahaha! Padahal lewat 15 minit je terlajak tidur, terus muka pucat dan hati berdetak 'Tak payah lah pergi.Dah lambat'

Kawan kelas kata, nama dah naik dah dari mulut lect. Bakal kena aims lah kau mira oi.Ada kawan seangkatan yang kaki ponteng  terserempak dengan lect, terus kena bambu. Lect ni kata 'Dah lah tak datang kelas, tak ada pula nak datang jumpa saya minta maaf' Teeehhhe!






Lect suruh tulis essay tentang 'Kenapa tak dapat 4.00 flat?'
Dan walaupun tajuk lect nak macam agak demand, okay bisa diatur sebab aku adalah manusia yang gemar dan mahir memberi 1001 alasan dalam hidup ini haha.
Tak nak taip panjang panjang terus kopies essay yang ditulis pada malan hari dapat tugasan.
Sebabkan aku rasa ini tugasan yang bukan personal dan konsepnya seakan akan bermonolog sendiri, jadi aku dengan rela hati nak publish dekat sini jugak, buat tatapan anak cucu jika mereka besar nanti. cewah!

see ya!
Assalamualaikum :)

Tugasan 1 – Hari pertama kelas DR Fatanah ( PPEC 1104 – PSIKOLOGI PEMBELAJARAN)
Soalan : Nyatakan sebab kenapa tak dapat 4 flat?



Assalamualaikum Dr. Nama saya Nurul Amirah Binti Mohd Azizul (PEC 130030). Saya merupakan pelajar tahun pertama bagi semester 2 Jurusan ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Pada peperiksaan akhir semester yang lepas, bagi keseluruhan 6 subjek yang diambil, saya mendapat 5A dan 1B-.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur dengan keputusan peperiksaan ini, namun jika diberi pilihan untuk jadi yang terbaik dan mendapat markah terbaik keseluruhan, sudah pastinya saya mensasarkan untuk mendapat 4.00. Namun, sedikit malang dan mungkin bukan rezeki saya pada kali ini, dengan usaha saya yang saya kira agak setimpal tindakannya, maka ini sahaja yang layak saya dapatkan untuk ditonjolkan kepada kedua ibu bapa saya supaya mereka tersenyum dan untuk membalas penat lelah pensyarah yang menharapkan keputusan terbaik bagi kelas kami.

Secara jujurnya, saya katakan bahawa jika boleh diputarkan semula masa dan saya kembali bermula pada hari pertama, saya yakin yang saya boleh dapatkan keputusan terbaik dan tidak mustahil 4.00 akan ada dalam genggaman tangan saya kerana usaha dan tekad saya sendiri. Namun, pada semester yang lepas, saya akui bahawa ketidak mampuan untuk menjadi yang terbaik itu datang dari tindak tanduk yang saya sendiri ambil dan pilih. Saya seorang yang kerap tidak hadir ke kelas sehinggakan pada Kelas Kemahiran Maklumat yang lepas, nama saya sudah disenarai pendekkan menerima amaran pertama akibat kerap tidak datang secara berterusan. Puncanya? Saya mengaku yang saya sambil lewa, malas dan ambil mudah dalam setiap perkara. Jika saya terlewat 10 minit dari waktu yang asal, keputusan akhir saya adalah saya akan tidak datang langsung untuk tempoh 3 jam atau 2 jam kelas terbabit. Sikap negatif saya ini, saya kira membunuh peluang untuk saya sendiri. Malahan, jujurnya juga kelas kelas lain juga saya adalah antara muka yang kerap tidak hadir ke kuliah atas alasan alasan tertentu yang saya kira, jika diteliti secara jelas, orang akan dapat bercakap cakap  yang saya seorang yang malas dan kurang motivasi dalaman dalam diri.

Sememangnya niat saya belajar adalah untuk medapatkan keputusan terbaik dan mahu jadi yang terbaik dalam kalangan semua. Saya seorang yang aktif di Universiti dan terlibat sebagai wakil Universiti Malaya dalam kelab Oretor Debat dan Puisi dan di kolej juga, saya sering dipanggil untuk menjadi pengacara majlis. Secara kosepnya,penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum itu saya mampu capai namun masalah yang menjadi kekangan saya sendiri untuk dapat 4.00 adalah kerana ketidakmatangan saya dalam menguruskan masa. Kadang kala latihan luar mengambil masa yang lama sehingga ada mececah jam 2 pagi baru saya tiba di bilik, jadi kerana letih dan mengantuk saya putuskan untuk tidak hadir ke kelas.
Selain itu, saya gagal untuk mendapat 4.00 adalah kerana saya membuat persiapan di minit minit terakhir. Cara ulang kaji saya bukan bermula dari awal semester, sebaliknya bila sudah meninggal baru saya nak gali kubur sendiri. Itu perumpaan sikap saya. Pada peperiksaan yang lepas, saya mula membuka buku dan mula fokus pada minit minit terakhir iaitu pada malam sehari sebelum menjawab peperiksaan, lebih teruk lagi ada subjek yang saya hafal di tepi tong sampah di luar dewan peperiksaan sebelum 5 minit sahaja lagi semua pelajar diwajibkan masuk ke dalam dewan. Saya akui, itu juga memberi kesan kepada keputusan saya yang sekali gus mengahalang saya untuk dapatkan A+ dalam kesemua mata pelajaran.

Kesimpulannya, ini adalah sebab major kenapa saya tidak mampu capai 4.00 dan hanya layak diberikan sekadar ini pada peperiksaan kali akhir. Saya tidak memandang kepada mandat DEKAN, sebaliknya langkah saya dalam kelas ini adalah untuk jadi yang terbaik dalam kalangan semua dan saya mahu saya mampu jadi pencabar terbesar bagi kawan kawan yang lain. Tiada isitilah 'dekan adalah segala galanya' , kerana saya tahu jika itu yang diburu saya tidak akan rasa seronok untuk belajar perkara yang baru setiap hari. Matlamat saya adalah, belajar sehabis baik dan serap segala ilmu sebanyak mungkin namun, adalah bohong jika saya katakanan yang saya tidak tercuit untuk dinobatkan sebagai anak Melayu yang mampu mendapat 4.00 dan boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa cerdik pandai lain di Universiti Malaya.

Saya juga ada terniat sebegitu, mahu buktikan yang saya boleh, mahu membuat ibu dan ayah saya bangga tersenyum dan mahu membuat pensyarah percaya dan yakin dengan kemampuan saya. TAPI, punca dan kesilapan kenapa saya tak mampu buktikan pada semester satu yang lepas yang saya boleh dapat 4.00 adalah SEBAB KESILAPAN DIRI SAYA SENDIRI. Silap saya sendiri dan kelemahan diri saya sendiri. Bukan punca persekitaran dan bukan punca orang sekeliling, tapi semuanya adalah salah saya. Dan, hasilnya berani buat berani tanggung. Apa yang saya usahakan, ini sahajalah hasilnya.

Jadi, saya mohon Dr sudi beri tunjuk ajar dan pantau saya. Jika bukan sebagai pelajar individu, lihat saya sebagai pelajar yang ada potensi yang perlu digilap. Saya perlukan bimbingan Dr dan moga Dr sedar akan kehadiran saya dalam setiap kelas Dr walaupun pada kelas pertemuan pertama kita, saya tidak datang kelas atas sebab sebab yang saya kira Dr boleh agak selepas baca surat saya ini. Doakan saya, dan inshaallah semester baru, tahun baru dan penghijrahan yang baru, saya tekad jadikan ini sebagai permulaan untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, matang, rasional, beratnggungjawab dan bersemangat untuk menjadi seorang bakal kaunselor yang berjaya. InshaALLAH J

Terima kasih , Dr Fatanah.




hormat?

$
0
0



Bukan untuk berkurang ajar
apatah lagi mahu memaki hamun
dia yang aku pandang umpama bapa
walau tidak ada secalit tautan darah

Jujurnya,
kalau benar dia bermain dengan syarat 
yang langsung tak boleh diubah
apa yang dia catit pada asalnya
menjadi batu akan terus kekal sebagai batu
Tak akan putih tak boleh hitam
Batu yang dia sendiri corakkan
hanya ikut dengan firasat dan nafsu akal butanya

aku percaya, undang undang boleh dipinda
ya, untuk kebaikan dan kalaupun pindaan itu 
mampu mendatangkan kebaikan walau hanya sekecil zarah
aku percaya
tak ada salah tak ada dosa
kalau diubah
dan tak ada perlangsungan tata cara yang jatuhkan hukuman
mandatori, kau bakal ke neraka
langsung, tidak ada
kalau ada pun,selayaknya itu kasta engkau.

Tapi, dek kerana undang undang tekal yang dibina
kau kata, itu hidup dan mati perlu aku turut
kalau aku langgar, ego kau habis tercalar
maruah kau di depan berpuluh mata, lunyai di telapak kaki

Pada aku, perlu aku kisah?
Kau buat apa yang kau mahu
Aku diam perhati selagi mampu
sampai masa, aku berani kata
kau tak layak untuk aku puja 

Sampai masa, mata aku boleh bertentang
dalam tikaman mata itu,
aku mahu hati kau remuk lumat
tersedar,
biar kau malu dengan pura pura engkau
Biar tindakan kau, jadi tali gantung untuk jasad tubuh sendiri

Kau tak layak digelar
pendidik bangsa

CELAKA.
270214 8.30 AM.
Bangunan kuning tangga satu.
celaka.

MH370 :'(

$
0
0



17 hari yang suram kau masih dalam penantian
Ramai jiwa yang mengharap moga kau kembali
Ramai doa yang mengamin biar keajaiban itu berlaku
cukup dengan sekali ini,
moga senyuman di bibir yang menanti
tak akan mati

Tapi
hari ini, suram bertukar kelam
hingga mata hilang azimat untuk lihat yang nyata
bila titipan harapan terus menyala
aku kata kau masih ada di atas sana
kau masih terbang tinggi di udara
kau masih kekal bernyawa
hingga selamat kau mendarat di satu tempat
biarlah di mana mana pun roda mu berpijak di landasan
sayapmu gagah melawan arus angin
di mana sahaja kau berhenti
sejuta suara terus berkata
moga kau selamat
dan kau akan selamat

aku mahu lihat kau pulang dengan satu senyuman
hadiah istimewa buat hati yang perit menunggu
setia menunggu dengan harapan
baliklah, anak isterimu ada disini
ibu bapamu tak putus menadah tangan
satu malaysia tak pernah jemu
menanti kau muncul

240314 mimpi ngeri jadi nyata
hari ini, kau terus hilang entah ke mana
tanpa berita tanpa pesanan kau terus lesap
mati dari dunia nyata.

MH370 khabar dukacita yang langsung tak diduga
kau menggegar dunia.
Nama mu disebut seluruh pelosok dunia
masih jauh di fikiran ini
masih belum mampu aku menjangkau akal
kau benar benar hilang di lautan hindi

Sampai satu tahap
tegar aku kata, khabar itu semua dusta
cerita itu semata dongeng

Banyak air mata menitis.
Sebak.Diam.Kelu.Hilang suara untuk berkata
hilangmu langsung aku tak duga
kau lesap sekelip mata
dan hari ini juga
kau ajar kita untuk bersatu untuk sama percaya
walau apa terjadi, kita masih satu bangsa
biar siapa pun kita, malaysia tetap merasa duka
sebab yang mati itu adalah kita.

MH370 bersemadilah dengan aman
Lautan biru hari ini nyata bertukar merah
ombak menghempas jadi saksi betapa kau terkapai menjerit sakit
udara dingin simpan bukti betapa kau bergelut hebat
untuk terus kekal selamat
bila disebut kun fayakun
cerita hidupmu, tamat

Sekarang,
kau tiada lagi.
Hilangmu, aku kenang dalam doaku.
Moga tenang di pusara abadi
bersemadilah.

Allah sebaik baik perancang.
DariNya kau dicipta,kepadaNya juga kau dikembalikan
Allahuakhbar.
alfatihah.



Viewing all 55 articles
Browse latest View live